awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
Lelaki disyaki mabuk cetus kekecohan dalam kedai serbaneka
PDRM, AGC teliti kaedah tangani pelanggaran undang-undang isu 3R - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tang Jie-Ee Wei sahkan slot Jelajah Akhir Dunia, fokus kejohanan utama

Bernama
Bernama
04/09/2025
09:54 MYT
Tang Jie-Ee Wei sahkan slot Jelajah Akhir Dunia, fokus kejohanan utama
Tang Jie-Ee Wei melakar sejarah baharu badminton negara apabila menjadi beregu campuran pertama mara ke final Kejohanan Dunia sebelum menutup kempen penuh bergaya dengan merangkul kejuaraan. - Gambar/ AP
SUBANG JAYA: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak perlu menyertai terlalu banyak kejohanan Super Series selepas telah mengesahkan tempat dalam saingan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hasil kejayaan meraih gelaran juara dunia di Paris, Ahad lepas.

Ringkasan AI
  • Chen Tang Jie-Toh Ee Wei telah mengesahkan tempat ke Jelajah Dunia Akhir BWF selepas menjuarai Kejohanan Dunia di Paris, membolehkan mereka mengurangkan penyertaan dalam kejohanan Super Series dan menyusun semula perancangan pertandingan.
  • Fokus kini diberikan kepada tiga kejohanan utama iaitu Masters China, Terbuka Denmark dan Terbuka Perancis, manakala penyertaan ke Terbuka Hong Kong masih dalam pertimbangan.
  • Kejayaan mereka melakar sejarah sebagai beregu campuran pertama negara menjuarai Kejohanan Dunia, menjadikan Malaysia kini memiliki dua pasangan juara dunia selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 2022.

Ketua jurulatih beregu campuran Nova Widianto memaklumkan sebelum ini anak buahnya perlu menyertai kejohanan hampir setiap minggu namun situasi kini sudah berbeza dan perancangan baharu akan diatur bersama pemain serta pengurusan.
"Saya rasa kita akan pilih (pertandingan) kerana sebelum ini kita sertai banyak kejohanan untuk mendapatkan tiket ke Jelajah Akhir. Tapi sekarang kita sudah layak dan mahu atau tidak, kita perlu pilih.
"Yang pasti Super 750 dan 1000 kita pergi manakala untuk Super 500 mungkin kita akan tengok dulu sebelum membuat keputusan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Nova turut memaklumkan penyertaan mereka ke Terbuka Hong Kong masih belum diputuskan kerana beberapa perkara perlu diteliti.
Bagaimanapun, beliau berkata fokus kini kepada tiga kejohanan utama iaitu Masters China (16-21 Sept), Terbuka Denmark (14-19 Okt) dan Terbuka Perancis (21-26 Okt).
Tang Jie-Ee Wei melakar sejarah baharu badminton negara apabila menjadi beregu campuran pertama mara ke final Kejohanan Dunia sebelum menutup kempen penuh bergaya dengan merangkul kejuaraan.
Untuk rekod, Malaysia kini memiliki dua pasangan juara dunia dengan Aaron Chia-Soh Wooi Yik terlebih dahulu mencipta sejarah di Tokyo pada 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chen Tang Jie
#toh ee wei
#beregu campuran
#Jelajah Dunia Akhir BWF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan