awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Telefon peminat tercicir, pemain Liverpool Mamadou Sakho guna untuk 'selfie'

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
15/04/2016
12:54 MYT
Telefon peminat tercicir, pemain Liverpool Mamadou Sakho guna untuk 'selfie'
Sakho turut memainkan peranan penting dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 sebelum gol lewat Dejan Lovren melengkapkan kebangkitan semula The Reds - Foto Facebook/Liamie Marum
Para peminat Liverpool terutamanya yang berada di Anfield pada Khamis pulang dengan kenangan manis selepas aksi dramatik pasukan kendalian Klopp menumbangkan Borussia Dortmund dalam aksi suku akhir Liga Europa.
Namun bagi seorang peminat, Liamie Marum, dia membawa pulang ‘cenderamata’ yang lebih berharga.
Menurut ESPN, ketika asyik meraikan kebangkitan semula Liverpool menang 4-3 selepas ketinggalan dua gol dalam separuh masa kedua, Liamie tidak sedar telefon bimbitnya tercicir.
Hanya selepas keadaan kembali tenang dan para penonton di stadium kembali ke tempat duduk masing-masing, pengawal keselamatan menemui telefon tersebut.
Selepas telefon dikembalikan, Liamie terkejut apabila mendapati satu selfie yang dirakam oleh pemain pertahanan Liverpool, Mamadou Sakho, berada dalam galeri gambar.
Sakho turut memainkan peranan penting dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 sebelum gol lewat Dejan Lovren melengkapkan kebangkitan semula The Reds.
Liverpool mara ke pusingan separuh akhir Liga Europa menerusi agregat 5-4 selepas ketinggalan 2-1 dalam perlawanan suku akhir pertama di Westfalenstadion.
Topic Berkaitan
#Kini Trending
#Liamie Marum
#Liverpool
#Mamadou Sakho
#Mamadou Sakho selfie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan