awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ten Hag berang gagal miliki De Jong

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2022
05:49 MYT
Ten Hag berang gagal miliki De Jong
De Jong jadi rebutan kelab-kelab di Eropah. - Foto PSGTalk/Sinar Harian
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag dilaporkan berang apabila gergasi La Liga, Barcelona dikatakan menghalang urusan bintang Belanda, Frenkie de Jong ke Old Trafforf musim panas nanti.
Menurut Ten Hag, sebelum ini Presiden skuad Blaugrana itu, Joan Laporta telah menyatakan persetujuan untuk melepaskan De Jong.
“Sebelum ini, mereka (Barcelona) sudah pun bersetuju dengan tawaran kami dan dia (De Jong) dilihat semakin hampir beraksi di Old Trafford musim panas nantI.
“Tetapi tiba-tiba Laporta menyatakan bahawa mereka sebenarnya tidak berhasrat melepaskan De Jong.
“Malah, De Jong dikatakan sebagai antara pemain yang berada dalam perancangan pengendali, Xavi musim panas nanti,” katanya.
Untuk rekod, Barcelona dikatakan sudah bersetuju dengan yuran perpindahan berjumlah RM370 juta (£70m) untuk beraksi bersama skuad The Red Devils itu.
Sementara itu, dalam satu kenyataan balas, Laporta menegaskan bahawa De Jong tidak akan dilepaskan ke mana-mana kelab kerana dia merupakan ‘aset’ besar di Nou Camp.
Malah katanya, jika tindakan melepaskan De Jong dibuat, ia sebenarnya menggambarkan bahawa Barcelona ketika itu tidak mempunyai pilihan lain.
“Saya tahu, banyak kelab yang mahu mendapatkan De Jong, namun dia adalah milik kami dan dia sendiri sebenarnya tidak mahu meninggalkan Nou Camp.
“Justeru, saya akan melakukan segala yang terdaya bagi memastikan dia terus bersama kami,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manchester United
#barcelona
#Erik ten Hag
#Frenkie de Jong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan