awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Subsidi kerajaan kekang lonjakan harga tiket penerbangan musim perayaan - Loke
Kadar zakat fitrah di Kedah ditetapkan RM9, RM15 serta RM23 tahun ini
Malaysia gesa semua pihak redakan ketegangan AS-Iran yang semakin memuncak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ten Hag di ambang pemecatan selepas dua perlawanan awal musim

Muhamad Syazwan Jonizar
Muhamad Syazwan Jonizar
01/09/2025
03:40 MYT
Ten Hag di ambang pemecatan selepas dua perlawanan awal musim
Ten Hag, yang sebelum ini dipecat Manchester United, kini berdepan risiko kehilangan pekerjaan sekali lagi jika gagal memulihkan kepercayaan. - Foto REUTERS
ERIK ten Hag kini berada dalam tekanan besar di Bayer Leverkusen walaupun musim Bundesliga baru memasuki minggu kedua.
Masa depannya sebagai jurulatih sudah menjadi tanda tanya selepas permulaan hambar bersama Die Werkself.
Ten Hag sebenarnya sudah melalui detik buruk sejak mula dilantik apabila menyaksikan Leverkusen dimalukan Flamengo U20s dengan kekalahan 5-1 dalam aksi persahabatan.
Kekalahan itu dianggap sebagai isyarat awal kelemahan pasukan di bawah kendaliannya.
Krisis berterusan dalam saingan rasmi Bundesliga apabila Leverkusen hanya mampu seri 3-3 menentang Werder Bremen pada Sabtu lalu, walaupun lawan beraksi dengan 10 orang.
Lebih memalukan, Leverkusen melepaskan dua gol lewat permainan yang menambah tekanan terhadap pengendali Belanda itu.
Laporan dari kicker mendedahkan pihak pengurusan Leverkusen sebenarnya sudah meragui Ten Hag sebelum aksi menentang Bremen, dan kini suasana di BayArena digambarkan sebagai “kritikal”.
Apa yang lebih memburukkan keadaan, pengarah sukan Simon Rolfes serta pihak atasan kelab enggan memberi sokongan terbuka, malah beberapa kali mengelak daripada mengulas mengenai masa depan Ten Hag.
Difahamkan, pihak pengurusan hanya akan membuat keputusan selepas jendela perpindahan ditutup pada Isnin malam. Namun, tanpa peningkatan segera dari segi prestasi dan keputusan, pemecatan awal musim dilihat hampir pasti berlaku.
Ten Hag, yang sebelum ini dipecat Manchester United, kini berdepan risiko kehilangan pekerjaan sekali lagi jika gagal memulihkan kepercayaan bilik persalinan serta keyakinan pihak atasan Leverkusen dalam tempoh terdekat.
Topic Berkaitan
#Erik ten Hag
#Bayer Leverkusen
#pecat
#Bundesliga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan