awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ten Hag tidak peduli kritikan

Astro Arena
Astro Arena
21/04/2024
08:57 MYT
Ten Hag tidak peduli kritikan
Bekas pengendali pasukan Ajax itu menegaskan bahawa dia tidak ingin bercakap tentang sebarang spekulasi mengenai masa depannya. - Gambar fail
Pengurus Manchester United, Erik ten Hag tidak boleh diganggu dengan kritikan mengenai pekerjaannya di Old Trafford dan mendakwa dia hanya boleh membentuk pasukan terkuat hanya sekali dalam 18 bulan.
Pengurus yang berasal dari Belanda itu berjaya menghadiahkan trofi Piala EFL serta menamatkan musim dalam kelompok empat teratas liga pada musim pertamanya.
Musim ini, mereka telah tersingkir dari Liga Juara-juara Eropah (UCL) kerana tidak melepasi peringkat kumpulan dan sedang bergelut untuk menamatkan saingan di kelompok enam pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
United berpeluang menamatkan musim ini sekurang-kurangnya dengan satu piala sekiranya mereka berjaya menewaskan lawan di perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir Piala FA Inggeris.
Bekas pengendali pasukan Ajax itu menegaskan bahawa dia tidak ingin bercakap tentang sebarang spekulasi mengenai masa depannya.
"Saya tidak mahu memberikan tumpuan dalam perkara itu.
"Saya tahu dan yakin dengan apa yang kami sedang lakukan di sini keranan kehadiran saya ialah untuk meraih trofi dan memberikan nilai tambah kepada pasukan.
"Saya perlu melihat dengan lebih realistik dan rasional. Saya akan memberikan perhatian yang khusus kepada pasukan ini untuk memperbaiki mutu pasukan ini dan mencapai tahap keberkesanan individu," katanya.
- StadiumAstro.com
Topic Berkaitan
#Erik ten Hag
#Manchester United
#kritikan
#Old Trafford
#EFL
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan