awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Final ATP: Taylor Fritz kejutkan Nadal di peringkat kumpulan

Astro Arena
Astro Arena
14/11/2022
04:52 MYT
Tenis Final ATP: Taylor Fritz kejutkan Nadal di peringkat kumpulan
Aksi Taylor Fritz meraikan kejayaan mengalahkan Rafael Nadal dalam kejohanan tenis Final ATP di Pala Alpitour, Turin, Itali, 13 Nov 2022. (Foto AP)
TAYLOR Fritz mengejutkan Rafael Nadal dalam penampilan sulungnya Final ATP, awal pagi tadi, selepas mempamerkan aksi hebat untuk menewaskan juara grand slam 22 kali itu 7-6 (7-3), 6-1.
Dalam aksi pembukaan di peringkat kumpulan di Turin itu, pemain Amerika Syarikat tersebut memberi tekanan awal kepada Nadal yang menyaksikannya tidak melepaskan sebarang mata ketika mendominasi servis untuk membawa pemain berusia 36 tahun itu ke tie-break dalam set pembukaan.
Nadal membenarkan Fritz merebut inisiatif itu dengan kesilapan berganda dalam permulaan tie-break itu sebelum pemain Amerika tersebut memanfaatkan kesempatannya dengan meraih set pertama.
Pergelutan pilihan utama itu berlanjutan dalam set kedua apabila Fritz -- yang membuat larian baik dan mengatur permainan dari garisan belakang -- melakukan empat break sebelum mendahului 5-1 seterusnya mengulangi helahnya dalam game keenam.
What a start for @Taylor_Fritz97 in Turino! He claims the victory over Nadal 7-6(3) 6-1.#NittoATPFinals pic.twitter.com/KfBa3s3hTb
— ATP Tour (@atptour) November 13, 2022
Fritz kemudian memuktamadkan kemenangannya dengan satu lagi persembahan servis yang dominan untuk mencipta kemenangan kedua ke atas Nadal dalam kariernya, seterusnya menjejaskan usaha bintang Sepanyol itu untuk memenangi gelaran yang belum pernah dijulangnya sepanjang kariernya yang bergemerlapan.
Setelah ditewaskan oleh Tommy Paul dalam Paris Masters termasuk Frances Tiafoe dalam Terbuka AS, Nadal kini menempa tiga kekalahan berturut-turut dan dia perlu bangkit apabila berdepan Felix Auger-Aliassime, esok.
Topic Berkaitan
#Rafael Nadal
#Taylor Fritz
#tenis Final ATP
#Grand Slam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan