KUALA LUMPUR: Persatuan Lawn Tenis Malaysia (Tenis Malaysia) bercadang meminda perlembagaannya bagi membolehkan sukan lain yang berkaitan tenis di bawah bidang kuasanya.
Setiausaha Tenis Malaysia, yang baru dilantik, Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahman, berkata ia termasuk tenis berkerusi roda, tenis pantai, 'pickleball' (pemegang raket bersaiz kecil dan bola plastik) dan 'paddle tennis' (raket plastik atau kayu bersaiz kecil dan bola getah).
Menurutnya, cadangan tersebut oleh Persatuan Tenis Negeri Sembilan itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu tahun depan.
"Pindaan kepada perlembagaan Tenis Malaysia ini bagi memastikan pembangunan sukan berkaitan tenis tidak ketinggalan dan diberi perhatian sejajar dengan perubahan tenis di peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.
Sementara itu, Mirzan Mahathir mempertahankan jawatan Presiden Tenis Malaysia selepas menang tanpa bertanding bagi penggal 2022-2025 pada pemilihan sempena mesyuarat AGM, Sabtu lalu.
Pertandingan tujuh penjuru untuk tiga naib presiden menyaksikan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, Datuk Patrick C. J. Liew dan Zainudin Osman mengisi jawatan itu manakala 17 individu bertanding untuk tujuh jawatan ahli jawatankuasa eksekutif (exco).
Hang Kok Long dipilih sebulat suara oleh perwakilan sebagai bendahari.
Persatuan itu turut mengorak langkah memperkasakan kesaksamaan gender dengan memilih Maria Fauzanna Ghazali dan Rozana Mohd Mahfudz sebagai dua anggota exco wanita pertama untuk membantu penyertaan yang lebih aktif oleh golongan wanita dalam sukan itu.
Barisan Kepimpinan LTAM 2022-2025:
Presiden: Mirzan Mahathir
Naib Presiden: Datuk Patrick C. J. Liew, Zainudin Osman, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan
Setiausaha Kehormat: Muhammad Shahrul Hafidz Ab Rahim
Bendahari Kehormat: Hang Kok Long
Anggota Exco: Muliyadi Jamal, Fazwil Abdul Wahid, Maria Fauzana Ghazali, Mohamad Arffendi Yusof, Nurizam Mohd Khalid, Rozana Mohd Mahfudz, Nor Asri Mohd Norman.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022

Ia termasuk tenis berkerusi roda, tenis pantai, 'pickleball' (pemegang raket bersaiz kecil dan bola plastik) dan 'paddle tennis' (raket plastik atau kayu bersaiz kecil dan bola getah). - Gambar hiasan

Fatwa tidak bercanggah dengan konsep Bangsa Johor - Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim bertitah, fatwa berkenaan tidak menjejaskan sama sekali konsep Bangsa Johor yang mengamalkan toleransi, persefahaman dan perpaduan.

COVID-19 | Hong Kong mansuhkan beberapa syarat ketat kemasukan
Hong Kong menyambung sepenuhnya perjalanan rentas sempadan ke tanah besar China berkuat kuasa 6 Februari ini. Ketua Eksekutifnya John Lee, ketika mengumumkan perkara berkenaan turut memaklumkan kuota kemasukan sedia ada dimansuhkan.

AS-China | Beijing siasat isu belon pengintip di dakwa AS
China sedang menyiasat insiden berkenaan belon pengintip yang dikesan di ruang udara Amerika Syarikat pada Khamis. Jurucakap Kementerian Luar Negeri, Mao Ning berharap kedua-dua negara terbabit dapat merungkai isu ini dengan tenang.

Reformasi Polis | Biden dan Harris bertemu wakil kongres
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris bertemu ahli kaukus berkulit hitam di White House. Pertemuan tersebut bagi membincangkan reformasi perundangan berkaitan polis, yang kembali menjadi tumpuan selepas keganasan polis yang menyebabkan kematian Tyre Nichols bulan lalu.

Penyanyi Rap Hilang | Polis Michigan temui mayat di pangsapuri usang
Penemuan beberapa mayat di sebuah pangsapuri terbiar di Highland Park, Detroit dipercayai ada kaitan dengan kehilangan tiga penyanyi rap sejak dua minggu lalu. Bagaimanapun polis michigan belum mengesahkan identiti mayat berkenaan.

Penjualan mercun, bunga api akan dibenarkan - Nga Kor Ming
Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.

Politik | Bekas Menteri Undang-undang bersalah palsu rekod akademik anak
Bekas Menteri Undang-undang Korea Selatan, Cho Kuk, dijatuhi hukuman penjara dua tahun, atas kesalahan memalsukan sijil bagi membolehkan anaknya diterima masuk sekolah berprestij. Ia merupakan perkembangan terbaru, siri tangkapan dan pendakwaan ke atas pegawai tertinggi kerajaan pimpinan bekas Presiden, Moon Jae In.

Mahkamah | Najib tak pernah rahsiakan akaunnya akan terima dana besar
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Datuk Seri Najib razak tidak pernah berselindung mengenai pembukaan akaun peribadinya di Ambank yang menerima dana dalam jumlah besar.

Menu Rahmah | Perniagaan semakin dapat sambutan, 100 set terjual sehari
Seorang peniaga kedai makan, Noor Salina menyifatkan keputusannya untuk turut menawarkan Menu Rahmah kepada pelanggan sebagai untuk berkongsi rezeki. Dia malah memberitahu perniagannya semakin mendapat sambutan dengan 100 set Menu Rahmah terjual setiap hari.

Kos Umrah Mahal | Memang wujud kartel monopoli tiket penerbangan - Umrah
Isu kartel serta monopoli tiket penerbangan membabitkan pakej umrah dan haji oleh beberapa syarikat gergasi sememangnya wujud dan menjadi punca kenaikan harga pakej ibadah berkenaan di negara ini. Perkara tersebut didedahkan oleh Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah Dan Haji (PAPUH) Datuk Seri Razali Mohd Sham ketika ditemu bual oleh Astro AWANI pada jumaat

Tenis Malaysia cadang pinda perlembagaan
Ia bagi membolehkan sukan lain yang berkaitan tenis di bawah bidang kuasanya.

Sukan SEA 2019: Penarikan diri pemain senior bukan halangan skuad tenis
Pemain muda mampu menggalas cabaran Malaysia di Filipina.