awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka AS: Juara bertahan tersingkir dalam pusingan pertama

Astro Arena
Astro Arena
31/08/2022
03:38 MYT
Tenis Terbuka AS: Juara bertahan tersingkir dalam pusingan pertama
Raducanu bergelut ketika melakukan servis dan pukulan rendah sepanjang perlawanan menentang wakil Perancis berkenaan.- AP
JUARA bertahan Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), Emma Raducanu, tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas 6-3, 6-3 kepada Alize Cornet hari ini.
Raducanu bergelut ketika melakukan servis dan pukulan rendah sepanjang perlawanan menentang wakil Perancis berkenaan.
Dia memenangi hanya 40 peratus (10 daripada 25) mata servisnya dalam set pertama selain melakukan 18 'unforced error' ketika memenangi tujuh winner dan tiga kali servisnya dipatahkan lawan.
Berdasarkan rakaman yang menunjukkan dia mengalami kecederaan tangan dalam sesi latihan sebelum ini, bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Raducanu beberapa kali terpaksa menjalani rawatan di tepi gelanggang sepanjang perlawanan itu.
Pemain berusia 19 tahun berkenaan juga sedang menghadapi satu musim suram, di mana kali terakhir dia memenangi tiga perlawanan berturut-turut adalah dalam Terbuka AS tahun lalu.
Cornet, dalam pada itu, akan bertemu Katerina Siniakova dalam pusingan kedua esok. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Tenis Terbuka Amerika Syarikat
#Emma Raducanu
#juara bertahan tersingkir
#Alize Cornet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan