awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia perlu beralih daripada kuantiti kepada kualiti pelancong - MiTDA
Trump arah pengunduran Pengawal Negara dari Chicago, Los Angeles, Portland
SWCorp keluar 42 notis kesalahan membuang sampah pada sambutan Ambang Tahun Baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Terbuka Madrid: Nadal tenang hadapi ancaman bertenaga Popyrin

Astro Arena
Astro Arena
07/05/2021
03:57 MYT
Tenis Terbuka Madrid: Nadal tenang hadapi ancaman bertenaga Popyrin
Nadal memanfaatkan empat daripada enam 'break point' untuk ke suku akhir buat kali ke-15. - Gambar fail/AP
RAFAEL NADAL mengetepikan Alexei Popyrin untuk mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Terbuka Madrid yang menyaksikan Daniil Medvedev dan Stefanos Tsitsipas mengalami kekalahan mengejut.
Pemain nombor dua dunia itu mengintai gelaran keenam di tanah airnya itu apabila mara 6-3, 6-3 dalam tempoh 1 jam 2 minit, awal pagi tadi.
Popyrin, yang beraksi di peringkat 16 acara Masters 1000 buat kali pertama, memberikan aksi bertenaga dalam set pembukaan tetapi pemain Sepanyol itu tetap kelihatan selesa.
Nadal memanfaatkan empat daripada enam 'break point' untuk ke suku akhir buat kali ke-15, di mana Alexander Zverev akan menanti kelibatnya.
"Ia sukar," katanya dalam wawancara.
"Gelanggang hari ini licin, pergerakan menjadi sangat deras, sangat kering. Bola banyak melantun. Permulaannya sangat sukar.
"Dia dapat menyambut setiap pukulan dan membalasnya dengan tepat. Saya gembira dengan kemenangan ini. Ini adalah satu kemenangan yang penting, dia datang ke sini untuk beraksi dengan baik. Setiap perlawanan adalah sukar."
Zverev, yang memenangi gelaran itu pada 2018, mengalahkan pemain nombor satu Britain, Dan Evans 6-3, 7-6 (7-3) untuk mengadakan pertemuan dengan Nadal.
Namun, pilihan kedua dan keempat, Medvedev dan Tsitsipas, menyaksikan perjuangan mereka berakhir di tangan Cristian Garin dan Casper Ruud.
John Isner dan Dominic Thiem akan saling berebut tiket ke separuh akhir selepas menumpaskan pilihan keenam, Andrey Rublev dan Alex de Minaur.
Topic Berkaitan
#Rafael Nadal
#Tenis Terbuka Madrid
#Alexei Popyrin
#pemain sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan