awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tenis Wimbledon: Djokovic pamer 'tenaga serigala' benam Kudla

Astro Arena
Astro Arena
03/07/2021
10:50 MYT
Tenis Wimbledon: Djokovic pamer 'tenaga serigala' benam Kudla
Djokovic mempamerkan semangat juang tinggi, terutama ketika bertahan daripada asakan yang disajikan Kudla. - Foto Astro Stadium Astro
NOVAK DJOKOVIC mempamerkan "tenaga serigala" ketika menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Danis Kudla, untuk mara ke pusingan keempat Kejohanan Tenis Wimbledon awal pagi tadi.
Pemain yang menyasarkan Golden Slam itu menewaskan Kudla dengan straight set di Gelanggang Satu tetapi kemenangan 6-4, 6-3, 7-6 itu tidak semudah yang disangka.
Kudla dua kali mematahkan servis bintang Serbia itu dan kekal memberikan saingan dalam sebahagian besar perlawanan.
Djokovic, yang menyasarkan untuk mempertahankan gelaran diperolehnya pada 2019 selepas edisi tahun lalu dibatalkan, mempamerkan semangat juang tinggi, terutama ketika bertahan daripada asakan yang disajikan Kudla.
Ketika ditanya wartawan apa yang mendorongnya untuk meraih kemenangan seperti itu, pemain nombor satu dunia berkenaan mendedahkan betapa Perang Yugoslav sewaktu dia membesar pada 1990 telah menjadikannya lebih tabah dalam bidang sukan.
"Saya fikir ia sebahagian daripada genetik. Keluarga saya, cara saya membesar ketika waktu sukar pada era 1990an di negara saya," kata Djokovic kepada BBC.
"Kegagalan tidak pernah menjadi satu pilihan buat saya atau sesiapa dalam keluarga saya.
"Kami perlu mencari jalan untuk mendapatkan barang keperluan untuk terus hidup.
"Ketika itu, ia amat sukar dan telah menguatkan perwatakan saya, saya boleh kata begitu.
"Sebahagian daripadanya juga adalah ketika saya berada di pergunungan.
"Saya menghabiskan banyak waktu di pergunungan bersama serigala, jadi ini adalah tenaga serigala," katanya.
Topic Berkaitan
#Novak Djokovic
#tenis Wimbledon
#Danis Kudla
#Grand Slam
#pemain Serbia
#London
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan