awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teong Kim tidak janji bulan dan bintang untuk Perak FC musim depan

Bernama
Bernama
17/09/2022
22:45 MYT
Teong Kim tidak janji bulan dan bintang untuk Perak FC musim depan
Lim menjelaskan barisan kejurulatihan baharu akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan skuad tersebut memberi persembahan terbaik.- Bernama
IPOH: Ketua jurulatih baharu Perak FC, Lim Teong Kim enggan menjanjikan 'bulan dan bintang' untuk skuad The Bos Gaurus itu dalam menghadapi saingan 18 pasukan dalam kempen Liga Super musim 2023.
Katanya, buat masa ini, pihaknya masih meneliti dan mengenal pasti pemain sedia ada untuk saingan musim depan malah ada beberapa pemain sudah berada dalam radar pemilihan pemain skuad tersebut.
Bagaimanapun, pengendali berusia 59 tahun itu menjelaskan barisan kejurulatihan baharu akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan skuad tersebut memberi persembahan terbaik musim depan.
Teong Kim berkata demikian kepada pemberita selepas sesi libat urus bersama pengurusan Perak FC di Stadium Perak, di sini, hari ini.
Melalui penstrukturan Liga Malaysia (Liga M), hanya 18 pasukan menyertai dalam saingan Liga Super manakala Liga Premier dihentikan sementara bermula musim depan.
Di samping itu, Liga Simpanan diperkenalkan musim depan melibatkan kesemua pasukan Liga Super 2023 perlu menyediakan skuad Bawah 23 tahun masing-masing.
Teong Kim, bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich, mengikat kontrak dua tahun dengan pilihan memperbaharui untuk setahun lagi bagi mengemudi skuad The Bos Gaurus.
Sementara itu, Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, berkata masih terlalu awal untuk menilai tahap dan kemampuan Teong Kim.
"Kebiasaannya mengikut jadual barisan kejurulatihan akan bersedia seawal 45 hari sebelum sesuatu liga bermula dan kita sasarkan berada di pertengahan Liga Super pada tahun hadapan, kita tidak sasarkan lebih dari itu.
"Bagi dia (Teong Kim) masa, dia tahu apa dia buat dan jika dapat lebih daripada itu maka dikira bonus, tak semestinya kita bawa dia, kita boleh menang semua piala," katanya.
Katanya, pelantikan Teong Kim sebagai satu langkah positif dan akan memberikan satu kelainan, kerana beliau mempunyai perancangan buat skuad Perak FC.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lim Teong Kim
#ketua jurulatih
#Perak FC
#Liga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan