awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka China 2025: Impian Soon Huat-Shevon ke pentas akhir lebur

Bernama
Bernama
23/07/2025
08:00 MYT
Terbuka China 2025: Impian Soon Huat-Shevon ke pentas akhir lebur
Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir di pusingan pertama Terbuka China 2025 selepas tewas kepada pasangan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta dalam pertarungan tiga set. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Impian beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 tidak kesampaian selepas tersingkir pada pusingan pertama di Changzhou hari ini.

Ringkasan AI
  • Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir di pusingan pertama Terbuka China 2025 selepas tewas kepada pasangan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta dalam pertarungan tiga set.
  • Kekalahan ini merupakan kali kedua mereka tewas kepada pasangan sama dan gagal mengulangi pencapaian sebagai naib juara pada edisi 2024.
  • Beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut gagal mempertahankan kejuaraan apabila tewas kepada pasangan Korea Selatan Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju, menjadikan kekalahan berganda selepas tewas di final Terbuka Jepun sebelum ini.

Ranking keenam dunia itu ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dalam pertarungan tiga set yang berlangsung lebih sejam dengan keputusan 21-18, 22-24, 15-21.
Ini adalah kekalahan kali kedua Soon Huat-Shevon kepada pasangan sama, selain gagal mengekalkan kedudukan selaku naib juara kejohanan itu pada edisi 2024.
Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa melupakan hasrat mempertahankan kejuaraan apabila dikejutkan dengan kekalahan kepada gandingan ranking ke-40 dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju 15-21, 21-15, 21-17 dalam tempoh 56 minit.
Ia kekalahan berganda buat ranking ketiga dunia itu, yang turut gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun apabila tewas pada aksi final, Ahad lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#beregu campuran negara
#Shevon Lai Jemie
#goh soon huat
#Terbuka China 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan