awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka China 2025: Langkah Pearly-Thinaah disekat beregu tuan rumah

Bernama
Bernama
26/07/2025
06:30 MYT
Terbuka China 2025: Langkah Pearly-Thinaah disekat beregu tuan rumah
Pearly-Thinaah setakat ini mempunyai satu gelaran diraih musim ini, iaitu kejuaraan Terbuka Thailand 2025 yang dimenangi pada Mei. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 di Changzhou tidak kesampaian apabila tumpas pada aksi separuh akhir, hari ini.

Ringkasan AI
  • Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah tewas di separuh akhir Terbuka China 2025 kepada pasangan China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dengan keputusan 14-21, 17-21 dalam masa 38 minit.
  • Kekalahan ini mengekalkan rekod empat kekalahan daripada lima pertemuan dengan pasangan China itu, walaupun Pearly-Thinaah pernah menjuarai Terbuka Thailand 2025 pada Mei lalu.
  • Pasangan Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian akan bertemu Liu Sheng Shu-Tan Ning atau Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam perlawanan akhir yang dijadualkan berlangsung esok.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tewas 14-21 dan 17-21 kepada Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam tempoh 38 minit, sekali gus melebarkan rekod empat kekalahan kepada pasangan China itu dalam lima pertemuan sebelum ini.
Pearly-Thinaah setakat ini mempunyai satu gelaran diraih musim ini, iaitu kejuaraan Terbuka Thailand 2025 yang dimenangi pada Mei.
Yi Fan-Shu Xian seterusnya akan berdepan sama ada rakan senegara, Liu Sheng Shu-Tan Ning atau gandingan Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong dalam aksi final yang dijadual berlangsung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pearly Tan-M Thinaah
#badminton terbuka Jepun
#kalah kepada pasangan China
#tersekat di separuh akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan