SUKAN
Terbuka China: Pearly-Thinaah selangkah ke final

Pearly Tan-M Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka China sebentar tadi. - Gambar fail
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka China sebentar tadi.
Ringkasan AI
- Beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir Terbuka China selepas menewaskan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto secara straight set 21-16, 21-12 dalam masa 39 minit.
- Kemenangan ini memperkukuh rekod mereka ke atas pasangan Jepun itu kepada 4-1, dan menunjukkan dominasi serta pengalaman Pearly-Thinaah dalam kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.
- Mereka akan berdepan pasangan tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian dalam aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Sabtu.
Pengalaman nyata menjadi pemisah apabila finalis Terbuka Jepun itu mengesahkan kemenangan 21-12 dalam masa 39 minit permainan dalam kejohanan berstatus Super 1000 tersebut.
Menerusi keputusan tersebut menyaksikan Pearly-Thinaah melebarkan rekod kemenangan ke atas pasangan Jepun itu kepada 4-1.
Menanti mereka dalam aksi separuh akhir pada Sabtu ialah pasangan tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami