awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka China: Tang Jie-ee Wei mara ke suku akhir, Jun Hao tersingkir

Bernama
Bernama
24/07/2025
05:00 MYT
Terbuka China: Tang Jie-ee Wei mara ke suku akhir, Jun Hao tersingkir
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir Terbuka China 2025 selepas menewaskan pasangan tuan rumah Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dalam masa 35 minit. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka China 2025 selepas melepasi cabaran pada pusingan kedua di Changzhou, hari ini.

Ringkasan AI
  • Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke suku akhir Terbuka China 2025 selepas menewaskan pasangan tuan rumah Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying dalam masa 35 minit.
  • Mereka akan berdepan pasangan China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui yang sebelum ini menyingkirkan pilihan kelima dari Thailand.
  • Pemain perseorangan lelaki Leong Jun Hao tersingkir selepas tewas kepada juara dunia Kunlavut Vitidsarn, menjadikannya penyingkiran awal ke-11 dalam 12 kejohanan tahun ini.

Beraksi di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik, gandingan pilihan keempat itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menundukkan beregu tuan rumah Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying, 22-20, 21-17.
Tang Jie-Ee Wei bakal berdepan satu lagi pasangan dari China Guo Xin Wa-Chen Fang Hui pada aksi suku akhir esok.
Guo-Chen sebelum ini mencipta kejutan apabila menyingkirkan pasangan pilihan kelima dari Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, 22-20, 21-15.
Sementara itu, nasib berbeza menimpa pemain perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao apabila tersingkir selepas kecundang kepada juara dunia dari Thailand Kunlavut Vitidsarn, 21-23, 7-21.
Keputusan hari ini menyaksikan Jun Hao mengalami penyingkiran awal ke-11 dalam 12 kejohanan yang disertainya tahun ini.
Pencapaian terbaik pemain nombor 26 dunia itu musim ini adalah layak ke suku akhir Terbuka Singapura 2025 pada Mei lepas, menyaksikan pemain ini juga kecundang di tangan Kunlavut, 13-21, 11-21.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#beregu campuran negara
#Chen Tang Jie
#toh ee wei
#Terbuka China 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan