awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka China: Tiga wakil Malaysia mara ke pusingan kedua

Bernama
Bernama
11/11/2025
22:20 MYT
Terbuka China: Tiga wakil Malaysia mara ke pusingan kedua
KUALA LUMPUR: Tiga wakil Malaysia, Rachel Arnold, Aifa Azman dan Aira Azman berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Terbuka China selepas menewaskan lawan masing-masing pada Selasa.
Pada aksi yang berlangsung di Shanghai, Rachel mara selepas menundukkan wakil Hong Kong Tong Tsz Wing 7-11, 11-7, 11-6, 12-10 dan akan bertemu Nele Gilis dari Belgium yang mendapat bye di pusingan pertama.
Bagi Aira pula, beliau mengesahkan tempat di pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegara Ainaa Amani Ampandi 11-6, 13-11, 11-7 sekali gus menempah pertemuan menentang Amina Orfi dari Mesir bagi mencari slot ke suku akhir.
Sementara itu kakak kepada Aira, Aifa juga tidak berdepan masalah menumpaskan wakil Ireland, Hannah Craig 11-9,11-2,11-7 dan dijadual bertemu pilihan ketujuh dari Mesir Salma Hany di pusingan kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuasy
#Rachel Arnold
#Aifa Azman
#Aira Azman
#Terbuka China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan