awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Denmark: Lee Zii Jia kekal rentak cemerlang ke penentuan gelaran

Astro Arena
Astro Arena
22/10/2023
00:50 MYT
Terbuka Denmark: Lee Zii Jia kekal rentak cemerlang ke penentuan gelaran
Zii Jia (gambar) seterusnya akan menghadapi pemain China, Weng Hong Yang, dalam usaha meraih kejuaraan keduanya dalam tempoh dua minggu. - Foto Astro ARENA
PERSEORANGAN lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia, mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Denmark BWF apabila mengatasi pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, dalam perlawanan separuh akhir di Odense awal pagi tadi.
Kejayaan itu turut menyaksikan pemain berusia 25 tahun itu mara ke final bagi dua kejohanan berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Finland minggu lalu.
Zii Jia memulakan aksi dengan cukup meyakinkan, di mana dia meraih enam mata berturut-turut untuk mendahului 6-3 dan selepas itu, dia tidak pernah ketinggalan sebelum memenangi set pertama 21-15.
Tentangan lebih sengit diberikan Cheuk Yiu dalam set kedua tetapi menuju ke penghujung saingan, Zii Jia kembali mendominasi, sekali gus menamatkan pertarungan selama 43 minit itu dengan kemenangan 21-17.
Jaguh negara itu seterusnya akan menghadapi pemain China, Weng Hong Yang, dalam usaha meraih kejuaraan keduanya dalam tempoh dua minggu.
Topic Berkaitan
#Terbuka Denmark BWF
#badminton
#Lee Zii Jia
#Lee Cheuk Yiu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan