awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
JDT kuasai perlawanan selepas permulaan sukar - Xisco Munoz
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka India: Tang Jie-Ee Wei tepati ramalan ke separuh akhir

Astro Arena
Astro Arena
17/01/2025
10:02 MYT
Terbuka India: Tang Jie-Ee Wei tepati ramalan ke separuh akhir
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, di New Delhi hari ini. - Stadium Astro
BEREGU campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menepati ramalan apabila layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India dengan menewaskan pasangan Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, di New Delhi hari ini.
Turun sebagai gandingan pilihan ketiga, Tang Jie dan Ee Wei mempamerkan penguasaan pada awal permainan tetapi menuju ke pertengahan set pertama mereka beberapa kali dipintas lawan sebelum kembali mendominasi untuk menamatkan set berkenaan dengan kemenangan 21-16.
Skrip berbeza berlaku dalam set kedua, di mana beregu negara itu jauh ketinggalan 6-12 tetapi mereka kemudian meraih 10 mata berturut-turut untuk mendahului 16-12 dan seterusnya menamatkan saingan dengan kemenangan 21-17 selepas secara keseluruhan bertarung selama 43 minit.
Mereka seterusnya akan menantikan pemenang di antara gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dan wakil Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue, bagi penentuan ke final esok. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
#Badminto Terbuka India
#mara ke separuh akhir
#tewaskan pasangan Thailand
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan