awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Macau 2025: Aksi sesama sendiri, beregu lelaki negara sahkan tempat di final

Bernama
Bernama
01/08/2025
12:40 MYT
Terbuka Macau 2025: Aksi sesama sendiri, beregu lelaki negara sahkan tempat di final
Hon Jian-Haikal mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam pertarungan sengit yang berakhir 21-14, 13-21, 22-20. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia sudah mengesahkan satu slot ke final acara beregu lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Macau selepas dua wakil negara Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri bakal berentap sesama sendiri pada aksi separuh akhir esok.
Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Macao East Asian Games Dome hari ini, Wan Arif-Roy King tampil cemerlang apabila menewaskan pasangan senegara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dengan keputusan 21-12, 21-16.
Sementara itu, Hon Jian-Haikal mencipta kejutan apabila menyingkirkan pilihan kedua kejohanan dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dalam pertarungan sengit yang berakhir 21-14, 13-21, 22-20.
Dalam saingan beregu campuran, dua pasangan negara turut melangkah ke separuh akhir.
Pilihan utama kejohanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan gandingan Indonesia, Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil 21-17, 22-20 dan bakal berdepan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.
Satu lagi gandingan negara, Jimmy Wong-Lai Pei Jing turut melakar kemenangan selepas menundukkan pasangan China, Cheng Xing-Zhang Chi 21-12, 17-21, 21-18.
Wong-Pei Jing dijadualkan menentang wakil Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah pada separuh akhir esok.
Dalam acara perseorangan lelaki, pemain muda negara Justin Hoh, meneruskan kemaraan selepas mengetepikan cabaran pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen 21-9, 21-18.
Beliau akan menentang wakil India, Tharun Mannepalli dalam perebutan tempat ke final.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Macau
#Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King
#Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan