awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gadis 19 tahun dakwa disamun, dipaksa lakukan seks luar tabii
Protes di AS berterusan susulan insiden tembakan di Minneapolis
Lima maut dalam kemalangan di lebuh raya Korea Selatan akibat 'ais hitam'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir

Bernama
Bernama
09/01/2026
22:50 MYT
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia mara ke separuh akhir
Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Jumaat. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal Malaysia pada Terbuka Malaysia 2026 selepas mara ke separuh akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Gandingan pilihan kedua itu mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menamatkan perlawanan dalam masa 34 minit dengan menewaskan pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, dalam aksi suku akhir hari ini.
Selepas menang 21-19 pada set pertama, pasangan nombor dua dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan pada set kedua apabila mendahului 11-2 sebelum mencatat kemenangan 21-10, sekali gus menceriakan penyokong tuan rumah.
Keputusan itu lebih bermakna apabila ia merupakan kemenangan pertama Aaron-Wooi Yik ke atas gandingan ranking ke lapan dunia itu, selepas tiga kekalahan berturut-turut sebelum ini.
Kemenangan itu juga melayakkan Aaron-Wooi Yik melangkah ke separuh akhir kejohanan berkenaan buat kali pertama sejak edisi 2022.
Menanti juara dunia 2022 itu pada separuh akhir ialah satu lagi pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri, selepas gandingan pilihan keenam itu mengejutkan pasangan pilihan ketiga dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, 21-10, 23-21.
Aaron berkata, mereka tidak terlalu memikirkan rekod pertemuan yang tidak memihak menentang Sabar-Moh Reza dan memuji sokongan padu penonton yang menyuntik semangat untuk terus meningkatkan prestasi.
"Kami menumpukan kepada perlawanan tanpa memikirkan soal rekod pertemuan. Terima kasih kepada penyokong yang memberikan sokongan, terutamanya pada set pertama, mereka membuatkan kami lebih yakin," katanya.
Sementara itu, Wooi Yik berharap mereka dapat mengekalkan momentum dan menjadi gandingan pertama yang mara ke final Terbuka Malaysia dalam tempoh 12 tahun, sejak kali terakhir Goh V Shem-Lim Khim Wah beraksi pada pentas akhir dan menjuarai kejohanan itu pada 2014.
Pasangan pilihan kelima negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula tersingkir selepas tewas 14-21, 17-21 kepada pasangan pilihan utama dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae, dalam masa 41 minit.
Kai Wun mengakui beberapa kesilapan mudah memberikan kesan besar, menyaksikan mereka masih gagal mengatasi pasangan nombor satu dunia itu selepas enam perlawanan.
Terdahulu, juara dunia beregu campuran dan pilihan keempat, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dikejutkan oleh pasangan pilihan ketujuh dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, 17-21, 21-17, 10-21 dalam masa 67 minit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka Malaysia
#beregu lelaki
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan