awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot bertembung: Mayat kru hilang ditemukan di perairan Semporna
23 maut, 104 cedera dalam serangan SDF di kawasan kediaman di Aleppo
Polis Kelantan buru wanita warga asing dalangi sindiket ganja, tiga suspek ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik selangkah tamat kemarau 12 tahun

Bernama
Bernama
10/01/2026
21:40 MYT
Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik selangkah tamat kemarau 12 tahun
Aaron-Wooi Yik menjerit kegembiraan selepas menewaskan Fajar Alfian dan Muhammad Shohibul Fikri pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena, Kuala Lumpur, 10 Jan 2026. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasangan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghampiri gelaran Terbuka Malaysia 2026 selepas mara ke perlawanan akhir, hari ini.

Ringkasan AI
  • Pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2026 selepas menewaskan pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dalam perlawanan separuh akhir.
  • Aaron dan Wooi Yik akan berdepan dengan pasangan pilihan utama dan juara bertahan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan, dalam perlawanan akhir, dengan Aaron percaya kedua pasangan mempunyai peluang yang sama.
  • Aaron-Wooi Yik menunjukkan kegembiraan kembali ke perlawanan akhir di gelanggang sendiri serta menyatakan keinginan untuk menikmati permainan tanpa terlalu memikirkannya, sementara Kim Won Ho-Seo Seung Jae menetapkan sasaran untuk mempertahankan gelaran.

Pada perlawanan separuh akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil semalam, pilihan kedua Aaron-Wooi Yik mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia pertama mereka selepas menewaskan pilihan keenam dari Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.
Perlawanan set pertama berlangsung sengit dengan kedua-dua pasangan terikat 21-21, tetapi bekas juara dunia 2022 itu kekal tenang untuk menang tipis 23-21.
Mengekori 10-12 dalam set kedua, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dua kali itu menemui rentak untuk mendahului 16-12 dan menceriakan penyokong tuan rumah apabila menang 21-18 dalam aksi sengit yang berlangsung 50 minit.
Keputusan itu menyaksikan pasangan nombor dua dunia itu berpeluang menjadi pasangan tempatan menjulang gelaran beregu lelaki Terbuka Malaysia sejak kali terakhir dimenangi Goh V Shem-Lim Khim Wah pada edisi 2014.
Aaron-Wooi Yik akan berdepan pilihan utama dan juara bertahan Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan yang mara ke perlawanan akhir Terbuka Malaysia buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pasangan England Ben Lane-Sean Vendy 8-21, 21-11, 21-18.
Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan itu, Aaron menyatakan kegembiraan kerana kembali ke perlawanan akhir berturut-turut di gelanggang sendiri, mengimbas kekalahan dalam set penentuan kepada rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun 12-21, 21-15, 16-21 pada Masters Malaysia tahun lepas.
Menjelang perlawanan akhir hari ini, Aaron percaya kedua-dua pasangan mempunyai peluang sama rata merujuk kepada rekod pertemuan mereka yang seimbang 1-1.
"Tahun lepas mereka (Won Ho-Seung Jae) berada dalam prestasi yang menakjubkan tetapi ini kejohanan pertama tahun ini. Saya melihatnya sebagai 50-50 esok. Bagaimanapun, kami mempunyai kelebihan bermain di tempat sendiri," katanya.
Wooi Yik mengakui tekanan tinggi dirasai untuk perlawanan akhir tetapi mereka berhasrat untuk menikmati permainan daripada terlalu memikirkannya.
Sementara itu, Seung Jae menyalahkan permulaan yang perlahan atas kekalahan set pertama kepada pasangan England manakala Won Ho menetapkan sasaran untuk mempertahankan gelaran tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Terbuka Malaysia
#Kim Won Ho-Seo Seung Jae
#Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan