awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Vietnam: Jun Hao sudah lupakan kekalahan dalam final Sukma MSN

Astro Arena
Astro Arena
25/09/2022
22:00 MYT
Terbuka Vietnam: Jun Hao sudah lupakan kekalahan dalam final Sukma MSN
Leong Jun Hao memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam bermula Selasa ini. - Foto fail/BERNAMA
PERSEORANGAN lelaki negara, Leong Jun Hao, berkata bahawa dia telah melupakan kekalahannya dalam final Sukan Malaysia (Sukma) MSN baru-baru ini untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Terbuka Vietnam bermula Selasa ini.
Jun Hao, yang mewakili Wilayah Persekutuan, tewas kepada jaguh Johor, Ng Tze Yong, dalam final acara perseorangan lelaki Sukma semalam.
Bekas juara Kejohanan Remaja Asia 2017 itu bermula baik apabila memenangi set pertama 21-18 tetapi dia tidak dapat menghalang kebangkitan Tze Yong dalam dua set berikutnya untuk lawan itu mencatatkan kemenangan 21-19, 21-12.
Dalam satu temu bual bersama wakil Astro Arena, dia berkata: "Memang saya rasa agak sayang kerana saya sudah berada dalam final dan memenangi set pertama tetapi pada akhirnya saya kalah, memang saya rasa agak sayang.
"Semalam sudah berakhir dan hari ini merupakan hari yang baru.
"Saya harap dapat memberikan yang terbaik di Vietnam minggu ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Leong Jun Hao
#Terbuka Vietnam
#Sukma MSN
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan