awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Terima kasih Chong Wei" - Tun M dan isteri

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2019
07:57 MYT
"Terima kasih Chong Wei" - Tun M dan isteri
Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah sedih dengan pengumuman persaraan Chong Wei. - Gambar fail
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali merakamkan penghargaan terhadap jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei yang mengumumkan persaraannya pada Khamis.
Dr Mahathir berkata, beliau merasa terharu dan sedih dengan pengumuman persaraan yang dibuat oleh Chong Wei itu.
"Saya ucap terima kasih kepada Chong Wei kerana telah meletakkan Malaysia dalam peta dunia dalam sukan badminton dengan menjadi juara berkali-kali.
"Kami akan merasa kehilangan juara kita (Chong Wei)," kata Dr Mahathir dalam satu rakaman video.
Sementara itu, Dr Siti Hasmah pula menasihatkan Chong Wei agar tidak bersedih dengan keputusan yang dibuat dan mengutamakan kesihatan dirinya.
Hasmah juga berkata, Chong Wei tidak perlu merasa kesal kerana gagal mendapatkan pingat emas badminton dalam sukan Olimpik kerana satu hari mungkin anak-anaknya akan melakukan perkara tersebut.
"Tidak mengapa Chong Wei, pada saya kesihatan adalah yang paling penting
"Insya-Allah kamu akan melihat anak-anak kamu bermain badminton dan berusaha mendapatkan pingat emas sukan olimpik untuk kamu nanti," katanya.
Dalam sidang media di Kementerian Belia dan Sukan semalam, Chong Wei mengumumkan persaraan beliau atas faktor kesihatan.
Topic Berkaitan
#badminton
#bersara
#kesihatan
#Lee Chong Wei
#Mahathir Mohamad
#Olimpik
#Siti Hasmah Mohamad Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan