awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Terima kasih, Ya Allah, mudahkanlah kami ke final..."

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2018
01:02 MYT
"Terima kasih, Ya Allah, mudahkanlah kami ke final..."
Kapten pasukan, Zaquan Adha Abd Radzak, tidak dapat menyembunyikan rasa sebak sewaktu berdoa bersama ahli pasukannya. - Instagram @malaysiasoccer
BERDOA dalam air mata. Gembira dalam syukur!
Begitulah situasi penuh emosi yang ditunjukkan oleh barisan pemain Harimau Malaya di padang Stadium Rajamangala, pada Rabu malam, sejurus meraikan kejayaan mereka mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki selepas mengikat Thailand 2-2.
Dalam satu muat naik di akaun Instagram @malaysiasoccer, ahli pasukan skuad kebangsaan itu berpelukan sambil menitiskan air mata, tanda mereka puas dapat menyekat kemaraan pasukan Gajah Perang pimpinan Milovan Rajevac.
Mereka kemudian tidak lupa memanjatkan rasa syukur dengan berdoa bersama, diketuai oleh Adam Nor Adlin.
"Terima kasih, Ya Allah, atas kemenangan ini. Kami bersyukur pada-Mu, Ya Allah.
“Inilah hasil kerja keras dari semua pemain, dari atas hingga ke bawah.
“Bagilah kami ke final, mudahkanlah kami, Ya Allah," itulah antara yang disebutkannya dalam doa itu sambil diaminkan oleh yang lain.
View this post on Instagram
Alhamdulillah. Jangan pernah lupa bersyukur atas segala kurniaan-NYA. . #malaysiasoccer #selamanyaharimaumalaya #harimaumalaya #ultrasmalaya #msl2018 #tanahtumpahnyadarahku #malaysia #malaysiaboleh #demimalaysia #negaraku #igreview #paidreview #futsalmalaysia #nfdp #teammalaysia #sayajual #kakibola #kamiteammalaysia #igreviewmurah #sayajualonline #malaysiapower #sayajualmurah #teammalaysia #paidreviewmalaysia #ligamalaysia #futsal #kakifutsal #bazarpaknil #bazaarpaknil #onlineshopmalaysia #igshopmalaysia
A post shared by HARIMAU MALAYA (@malaysiasoccer) on
Dec 5, 2018 at 9:19am PST
Ketika mereka berdoa dalam keadaan yang sebak itu, laungan dan sorakan Ultras Malaya diiringi terus berkumandang kuat di stadium diiringi paluan gendang, tanda meraikan kejayaan setelah pasukan negara berjaya mematikan langkah Thailand, salah sebuah gergasi bola sepak yang disegani di Asia Tenggara.
Kelebihan jaringan gol di tempat lawan membolehkan Malaysia berjaya mara ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki meskipun terikat 2-2 pada Rabu malam.
Malaysia bakal bertemu sama ada Vietnam ataupun Filipina di final nanti, namun ia bergantung pada siapa yang menang dalam aksi timbal balik perlawanan separuh akhir pada Khamis.
View this post on Instagram
Malaysia ke Final!!! . Skuad negara diraikan oleh penyokong sejurus tamat perlawanan. . #malaysiasoccer #selamanyaharimaumalaya #harimaumalaya #ultrasmalaya #msl2018 #tanahtumpahnyadarahku #malaysia #malaysiaboleh #demimalaysia #negaraku #igreview #paidreview #futsalmalaysia #nfdp #teammalaysia #sayajual #kakibola #kamiteammalaysia #igreviewmurah #sayajualonline #malaysiapower #sayajualmurah #teammalaysia #paidreviewmalaysia #ligamalaysia #futsal #kakifutsal #bazarpaknil #bazaarpaknil #onlineshopmalaysia #igshopmalaysia
A post shared by HARIMAU MALAYA (@malaysiasoccer) on
Dec 5, 2018 at 7:10am PST
BACA: #WeBelangTogether: Malaysia mara ke final Piala AFF Suzuki
BACA: Mara ke final: 'Ramalan' dan doa KP Bomba termakbul
Topic Berkaitan
#Bangkok
#bola sepak
#harimau Malaya
#Malaysia
#Piala AFF Suzuki
#Stadium Rajamangala
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan