awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima suntikan konglomerat antarabangsa, Respect FC bakal setanding JDT?

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/07/2022
13:06 MYT
Terima suntikan konglomerat antarabangsa, Respect FC bakal setanding JDT?
Kelab bola sepak Liga M3, Respect FC (RFC) menerima suntikan baharu apabila sebuah syarikat konglomerat antarabangsa mengambil alih Soccer Empire Sdn. Bhd. pemilik kelab bola sepak itu. - Gambar Astro AWANI
IPOH: Kelab bola sepak Liga M3, Respect FC (RFC) menerima suntikan baharu apabila sebuah syarikat konglomerat antarabangsa mengambil alih Soccer Empire Sdn. Bhd. pemilik kelab bola sepak itu.
Kumpulan SRAM & MRAM yang berpengkalan di London mengambil alih syarikat tempatan itu sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.
Pengarah Bukan Eksekutif SRAM & MRAM, Datuk Seri S. K Devamany berkata, mereka mempunyai rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk membangunkan RFC sehingga ke peringkat global.
“Selama ini kita sering mendengar mengenai kelab bola sepak JDT, selepas ini mungkin RFC pula,” katanya dalam sidang media di Stadium Perak di sini, sempena perlawanan RFC dengan KL Rovers, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SRAM & MRAM, Dr Hemalata Arumugam dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Pentadbiran Global, Nigel Jones.
Menurut Devamany, sebagai langkah jangka pendek, mereka akan melangsaikan tunggakan enam bulan gaji pemain serta beberapa komitmen lain.
Sementara bagi langkah jangka panjang pula, katanya, syarikat berkenaan merancang untuk memberi pendedahan kepada pemain di peringkat antarabangsa.
Dalam perkembangan sama, Dr Hemalata berkata, pemain-pemain akan diberi pendedahan di negara-negara yang mereka mempunyai cawangan atau kepentingan.
Kata beliau, setakat ini, SRAM & MRAM beroperasi di 18 buah negara di seluruh dunia sebelum meluaskan empayar menjadikan 45 buah negara tidak lama lagi.
Beliau turut mengumumkan kesediaan pihaknya untuk menawarkan saham kepada pemain-pemain kelab berkenaan berikutan sumbangan mereka kepada syarikat berkenaan.
Topic Berkaitan
#Respect FC
#Kumpulan SRAM & MRAM
#kelab bola sepak RFC
#Liga M3
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan