awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thiago Silva hantar ucapan penuh emosi buat Tuchel

Astro Arena
Astro Arena
09/09/2022
03:45 MYT
Thiago Silva hantar ucapan penuh emosi buat Tuchel
Isu luar padang dan hubungan Tuchel dengan pemilik baharu kelab itu yang retak dipercayai menjadi punca utama di sebalik pemecatannya. - Foto AP
THIAGO SILVA akhirnya memberikan respons terhadap pemecatan Thomas Tuchel dengan mesej yang mengatakan dia berharap dia "boleh berbuat lebih banyak" untuk mengekalkan pengendali Jerman itu kekal bersama Chelsea.
Tuchel dipecat sebagai pengurus Rabu lalu berikutan kekalahan 1-0 pasukan itu kepada Dinamo Zagreb dalam Liga Juara-Juara.
Walaupun Chelsea telah mengalami permulaan yang hambar, isu luar padang dan hubungan Tuchel dengan pemilik baharu kelab itu yang retak dipercayai menjadi punca utama di sebalik pemecatannya.
Terdapat cadangan bahawa pengendali berusia 49 tahun itu juga telah kehilangan sebahagian daripada kepercayaan pemainnya, tetapi dia telah dibanjiri dengan mesej ucapan terima kasih di media sosial sejak meninggalkan Stamford Bridge.
Silva - yang bermain di bawah Tuchel di Paris Saint-Germain dan juga Chelsea - adalah salah seorang pemain terakhir yang memberi penghormatan kepada pengurus Jerman itu dan kelihatan benar-benar kecewa dengan ketiadaan Tuchel.
"Selain menjadi profesional yang baik, anda dan kakitangan anda adalah manusia yang luar biasa," tulis pemain pertahanan veteran itu di Instagram.
View this post on Instagram
A post shared by Thiago Silva (@thiagosilva)
"Ia adalah satu keistimewaan sebenar untuk bertemu dengan anda dan bekerja dengan anda. Terima kasih atas segala-galanya Thomas Tuchel, saya minta maaf kerana saya tidak dapat membantu! Tuhan memberkati kamu dan keluarga kamu."
Topic Berkaitan
#Thiago Silva
#Thomas Tuchel
#Chelsea
#pecat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan