Tiada perlawanan persahabatan buat skuad Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Oktober depan, susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingan berkata walaupun ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe telah menyenaraikan beberapa aksi persahabatan, namun pelbagai aspek perlu diambil kira badan induk termasuk sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk membendung jangkitan wabak itu.
"Kami merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan, tapi belum dipastikan lagi buat masa ini susulan wabak COVID-19 di seluruh dunia. Kebanyakan negara mengadakan sekatan perjalanan yang menyukarkan kami untuk mengadakan sebarang perlawanan persahabatan.
"Setiap negara mempunyai peraturan tertentu dan mempunyai tahap pelaksanaan yang berbeza-beza bagi mengawal jangkitan COVID-19, dan sudah pastinya kami akan mengadakan perlawanan pemanas badan untuk skuad kebangsaan sebaik keadaan pulih," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan jadual terkini yang dikeluarkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) baru-baru ini, Malaysia akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Dubai pada 8 Okt, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 13 Okt sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang Thailand di Bangkok pada 17 Nov.
Sebelum ini, AFC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memutuskan untuk menangguhkan perlawanan kelayakan Asia kempen Piala Dunia Qatar 2022 semasa jendela antarabangsa pada 23-31 Mac dan 1-9 Jun kerana wabak COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 20 2020

FAM merancang untuk mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan, tapi belum dipastikan lagi buat masa ini susulan wabak COVID-19 di seluruh dunia. - Gambar hiasan

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

PERMAI | Tidak boleh hanya beri insentif kewangan
Felo Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma khuatir kerajaan tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menampung pakej rangsangan yang diberikan.

Dakwaan wanita dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM sedang disiasat
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

PKP | Kerajaan pertimbang lanjut operasi perniagaan
Kerajaan akan membincangkan aduan orang ramai yang mahukan operasi kedai dan restoran dilanjutkan daripada jam 6.00 pagi ke jam 10.00 malam.

PKPD | Penamatan PKPD di Amber Court, PPA Muar
Kerajaan mengumumkan penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Apartment Amber Court, di Bentong, Pahang dan Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) di Muar, Johor.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

"Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar berkongsi detik menginsafkan selepas disahkan positif COVID-19.

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Ahmad Said dan isteri positif COVID-19
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta isterinya, Toh Puan Seri Norliza Mahmud disahkan positif COVID-19.

Majikan tanggung kos saringan COVID-19 dapat potongan cukai berganda
Majikan yang menanggung kos saringan COVID-19 akan mendapat potongan cukai berganda bagi bayaran kos saringan pekerja yang dibuat sepanjang tahun ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul.

PKP 2.0: Kerugian lebih rendah berbanding PKP sebelum ini - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, buat masa ini, kerajaan berjaya mengekalkan unjuran perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

14 lagi kematian COVID-19 dilaporkan: Ini lima tumpuan sidang media KKM hari ini
Malaysia catat 14 lagi kes kematian baharu akibat COVID-19 hari ini dengan kes baharu COVID-19 masih pada empat angka.