awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidak puas hati mutu pengadilan, FAM hantar surat rasmi kepada AFF

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/12/2022
11:41 MYT
Tidak puas hati mutu pengadilan, FAM hantar surat rasmi kepada AFF
FAM telah menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, pada Selasa lalu, kata Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat rasmi berhubung mutu pengadilan sewaktu perlawanan Kumpulan B, Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 Vietnam menentang Malaysia di Stadium My Dinh, Hanoi pada Selasa lalu.
Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, tindakan itu juga dibuat selepas pihaknya turut mendapatkan pandangan daripada Jawatankuasa Penilai Pengadil FAM, Datuk S. Sivasundaram.
“Surat rasmi yang menyatakan ketidakpuasan hati FAM terhadap tindakan dan keputusan pengadil pada perlawanan berkenaan telah pun dihantar ke Setiausaha Agung AFF, Winston Lee pada petang tadi.
“Ia bagi memastikan tindakan selanjutnya dapat diambil oleh badan induk bola sepak Asia Tenggara itu," kata Noor Azman dalam kenyataan yang dikongsi di akaun Facebook rasmi FAM.
Sebelum ini, Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo memberi gambaran bahawa Malaysia tiada alasan untuk merungut terhadap keputusan pengadil ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh.
Vietnam melebarkan rekod tanpa kalah berdepan Malaysia apabila mencipta kemenangan 3-0 dalam aksi Kumpulan B itu dan merampas kedudukan teratas.
Keputusan itu bagaimanapun cuba dibantah pemain Harimau Malaya kerana mendakwa tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam Azmi Murad ke atas Doan Van Hau di dalam kotak penalti.
Bahkan, tiada sebarang pergelutan yang berlaku antara kedua pemain berkenaan selepas terjatuh sewaktu merebut bola.
Topic Berkaitan
#FAM
#harimau Malaya
#Vietnam
#Piala AFF 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan