awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga minggu untuk asah bakat, kata Hodak

Bernama
Bernama
23/01/2013
05:11 MYT
Tiga minggu untuk asah bakat, kata Hodak
Kelantan ada tiga minggu sempena 'cuti rehat' dalam saingan Liga Super musim ini untuk mengasah bakat muda pemainnya untuk memperkukuhkan jentera serangan di bahagian sayap.
Ketua jurulatih Bojan Hodak menyedari Kelantan kini berdepan masalah di bahagian sayap dan serangan selepas beberapa pemain berbisanya seperti S.Chanturu, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha, berhijrah ke pasukan lain pada musim ini.
"Kita perlu gunakan lebih pemain sayap tetapi malangnya kita tidak ada pemain sayap seperti tahun lepas. Jadi kita perlu melatih pemain muda," kata Hodak.
"Izwan Solahuddin dimasukkan (semasa permainan) dan dia membuat sedikit perubahan. Permainan bertambah menarik di bahagian ini (sayap) tetapi dia masih belum bersedia. Sekarang dia mempunyai tiga minggu untuk berlatih," katanya kepada pemberita selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan di sini malam tadi.
Pada perlawanan malam tadi, Kelantan terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Baharu, sekali gus memberi satu mata berharga kepada pasukan pelawat.
Kelantan, juara treble musim lalu kini berada pada kedudukan ketujuh selepas mengutip enam mata dalam lima perlawanan sepanjang Liga Super musim ini.
Liga Super bakal berehat hampir tiga minggu untuk memberi laluan kepada pasukan bola sepak kebangsaan yang terlibat dengan pusingan kelayakan AFC Asian Cup 2015 dan bermulanya kejohanan Piala FA 2013.
Sementara itu, ketua jurulatih Negeri Sembilan, Divaldo Da Silva berkata beliau gembira dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya pada perlawanan menentang gergasi Pantai Timur tersebut walaupun gagal menjaringkan sebarang gol.
"Saya beri 100 markah buat mereka kerana kerja keras. Mengenai perlawanan itu sangat mudah, kita tahu apa kekuatan Kelantan di mana dan kita tutup (kekuatan tersebut). Sikit lagi kita boleh menang tapi seri sudah cukup bagus.
"Saya percaya tahap keyakinan pemain Negeri Sembilan akan meningkat selepas ini. Kelantan tak pernah kalah (di laman sendiri) sejak 2011, selalu menang atau seri. Kita tahu semua ini. Ini keputusan yang bagus buat kami," katanya yang fasih berbahasa Indonesia.
Topic Berkaitan
#Bojan Hodak
#Kelantan
#Liga Super
#Norshahrul Idlan Talaha
#Nurul Azwan Roya
#S.Chanturu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan