IPOH:Penyokong dan peminat The Bos Gaurus diminta bersabar serta tidak mempercayai sebarang khabar angin, mengenai berita Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Adly Shah Ahmad Tah, akan meletak jawatan.
Naib Presiden PAFA Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata buat masa ini, tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Adly Shah, berkenaan perkara tersebut kepada pihak persatuan.
Muhammad Yadzan turut mengakui beliau sendiri terkejut dengan khabar angin itu, dan telah cuba menghubungi Adly Shah, namun gagal.
"Risau ada orang buat cerita sebab saya sendiri tidak dimaklumkan apa-apa. Saya cuba hubungi dia beberapa kali, tetapi tak dapat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, semalam.
Beliau mengulas tular di media sosial yang memetik seorang pengulas sukan sebuah stesen televisyen, yang menyatakan Adly Shah dijangka mengumumkan peletakan jawatan dalam masa terdekat.
Muhammad Yadzan menyifatkan Adly Shah sebagai seorang yang komited dan mempunyai visi dalam memastikan Perak menjadi salah sebuah pasukan terbaik dalam arena bola sepak tempatan, namun PAFA akur dengan sebarang keputusan yang bakal dibuat.
Katanya di bawah pengurusan Adly Shah juga, The Bos Gaurus berjaya muncul Juara Piala Malaysia pada 2018 dan Naib Juara Piala FA bagi musim lalu.
"Jadi peminat perlu sabar kerana sejarah dah terbukti, di bawah kepimpinan beliau banyak kejayaan telah dikecapi dan kalau diberi peluang dan kekuatan Datuk Adly Shah memimpin, mungkin tahun depan lebih hebat lagi," katanya.
Pada musim ini, The Bos Gaurus menamatkan saingan Liga Super di tempat keempat di belakang Terengganu, Kedah (naib juara) dan Johor Darul Ta'zim (juara).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020
Di bawah pengurusan Adly Shah, The Bos Gaurus berjaya muncul Juara Piala Malaysia pada 2018 dan Naib Juara Piala FA bagi musim lalu.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Cadangan PAFA ambil alih skuad SUKMA akan dibincangkan - Exco
Khairudin berkata sebarang keputusan berkaitan cadangan itu akan dimuktamadkan dalam mesyuarat tersebut.
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Integriti
PAFA pertama lantik Pengarah SPRM ketuai Jawatankuasa Intergriti
Rayuan pembatalan PAFA diterima, kekal status sebagai entiti
Kemelut yang menghimpit PAFA susulan pembatalan dan pembubaran persatuan itu Jun tahun lepas dinoktahkan.
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM
Sebuah jawatankuasa adhoc akan ditubuhkan untuk mengurus tadbir Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga mereka selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
PAFA dapat talian hayat KBS, tangguh pembatalan - Exco
Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) yang sebelum ini bakal dibubarkan diberi penangguhan pembatalan setelah perkara itu sampai kepada pengetahuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Perak FC bertukar pemilik lagi
Baru sahaja beberapa bulan dimiliki sebuah syarikat, Perak FC bakal bertukar pemilik lagi apabila dijual kepada pihak lain dalam masa terdekat.
Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan
Kemelut kepimpinan dalaman yang melanda PAFA akhirnya mengakibatkan badan induk itu digantung sehingga enam bulan kerana berlaku ketidakpatuhan terhadap Perlembagaan persatuan.
Perebutan kuasa dalam Pafa memalukan - Exco
Perebutan kuasa yang berlaku mungkin akhirnya menyebabkan yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.