Selepas lebih tiga bulan tanpa saingan kompetitif, atlet tenpin boling negara, Timmy Tan ternyata tidak sabar untuk memperagakan aksi dalam usaha memburu kejuaraan.
Namun, juara Asia dua kali itu terpaksa terus 'menunggu' selepas pembatalan beberapa kejohanan serta temasya sukan susulan pandemik COVID-19, memandangkan saingan terdekat yang bakal disertainya adalah Kejohanan Asia di Hong Kong pada Januari tahun depan.
"Sepatutnya Kejohanan Asia itu pada Julai, tetapi ditunda ke Januari tahun depan. Ada baiknya juga ia tidak dilangsungkan pada Julai kerana baru lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), memang tidak ada latihan yang betul sewaktu PKP.
"Jika kami sertai kejohanan pada Julai selepas dibenarkan berlatih pada 15 Jun, memang agak sukar untuk biasakan diri dan berada di tahap terbaik. Sekurang-kurangnya kini kami ada beberapa bulan lagi untuk persediaan," katanya kepada Bernama, hari ini.
Atlet berusia 26 tahun itu berkata pada awal pelaksanaan PKP, beliau mengakui 'seronok' kerana dapat berehat daripada aktiviti boling, namun selepas seminggu tidak berada di gelanggang timbul perasaan bosan.
Mengenai prestasinya selepas kembali menjalani latihan sejak 15 Jun, Timmy mengakui setelah hampir dua minggu memulakan latihan, dia sudah mendapatkan semula momentumnya.
"Pada awal latihan, fokus lebih kepada sesuaikan dengan keadaan lorong. Tiada perubahan mendadak selepas kembali berlatih walaupun kena ikut prosedur operasi standard yang ditetapkan," katanya.
Ekoran penularan wabak COVID-19, skuad tenpin boling negara terpaksa menghentikan latihan di Sunway Mega Lanes, sebaik sahaja kerajaan melaksanakan PKP pada 18 Mac lepas.
Bukan itu sahaja, beberapa kejohanan yang bakal disertai mereka juga terpaksa ditunda termasuk Terbuka Malaysia ke-41 yang dijadual berlangsung pada 22-28 Nov ini, setelah ditunda dari jadual asal pada Mac lalu.
Boling Dunia turut mengumumkan penjadualan semula semua acara utama yang dipinda ke 2021 dan 2022, antaranya Piala Dunia Boling AMF, Piala Dunia Boling Para, Kejohanan Belia dan Remaja Dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 26 2020
Timmy mengakui setelah hampir dua minggu memulakan latihan, dia sudah mendapatkan semula momentumnya. - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap selamat maju jaya
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada semua atlet paralimpik negara yang akan meneruskan misi memburu emas pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.
'Meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul' - Hannah
Hannah mahu memperkemaskan struktur dalam barisan kepimpinan sukan menerusi pendekatan meletakkan orang yang betul dalam kedudukan yang betul.
Pembukaan Olimpik 2024: Koleksi 'The Malaya' Rizman Ruzaini bakal jadi tumpuan di Paris
THE Malaya, hasil cetusan ilham yang dihasilkan pereka fesyen tanah air, Rizman Ruzaini untuk atlet Malaysia di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2024 bakal menjadi tumpuan dunia pada 27 Julai ini.
Olimpik 2024: Tahap kesedaran doping tinggi dalam kalangan atlet ke Paris - Adam Adli
MSN dan ISN sentiasa memastikan 26 atlet negara ke temasya sukan itu bebas daripada penggunaan bahan larangan sehingga gagal ujian doping.
Henti sebarkan perkara tidak rasmi berkaitan atlet Malaysia ke Olimpik Paris 2024 - Hannah
Ia bagi membolehkan atlet berada dalam keadaan fokus kepada persediaan mereka dan pada masa sama menjaga kesihatan mental 26 atlet negara.
Johnathan tekad lakukan yang terbaik pada penampilan kedua di pentas Olimpik
Johnathan Wong sifatkan persediaannya berada di tahap terbaik untuk memastikan dirinya mampu menghasilkan keputusan positif.
Sukan Olimpik: Hoe Yean, Rouxin peroleh tiket 'wild card' ke Paris
Dua perenang negara Steve Khiew Hoe Yean dan Tan Rouxin menjadi atlet terbaharu negara yang bakal beraksi pada temasya Olimpik Paris 2024.
Sukan Olimpik: Ashley Lau atlet ke-22 negara layak ke Paris 2024
Pemain golf wanita profesional negara, Ashley Lau Jen Wen akan membuat penampilan sulung dalam edisi kali ini.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.