awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMJ tegur Matt Davies supaya 'diam' di media sosial, mula usaha kejar kemenangan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
04/06/2021
15:45 MYT
TMJ tegur Matt Davies supaya 'diam' di media sosial, mula usaha kejar kemenangan
TMJ meninggalkan komen yang agak pedas sebagai reaksi terhadap kemas kini Instagram pertahanan negara, Matt Davies.
KUALA LUMPUR: Sepotong ayat ditinggalkan pemilik skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di ruangan komen pada gambar dimuat naik pemain pertahanan Harimau Malaya, Matt Davies, di laman Instagram menjadi perhatian ramai, pada Jumaat.
Terdahulu Davies memuat naik sekeping gambarnya dengan kapsyen: "Time to fix our mistakes and bounce back stronger, all focus on the important games ahead' (Masa untuk betulkan kesilapan dan kembali dengan lebih kuat, fokus pada perlawanan akan datang)".
Tunku Mahkota Johor itu kemudian meninggalkan ayat yang agak 'pedas' dan sinis di ruangan komen, yang membawa maksud pemain itu perlu memulakan segalanya dengan terlebih dahulu diam di media sosial dan terus berusaha.
Biarpun ramai yang tersentak, namun majoriti penyokong menyifatkan teguran seumpama itu diperlukan selepas aksi tidak bermaya pasukan negara apabila tewas 0-4 di tangan UAE dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi Jumaat.
BACA: Peminat kecewa Harimau Malaya rapuh diratah UAE
BACA: Tak sangka Harimau Malaya 'rebah' berdepan UAE - Pengurus pasukan
Aksi beberapa pemain terutama pemain naturalisasi dan berdarah kacukan, antara yang menjadi kritikan kerana disifatkan tidak segah yang dijangkakan.
Namun pengendali pasukan negara, Tan Cheng Hoe enggan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya, menganggap kebanyakan pemain Harimau Malaya tidak memberikan aksi pada tahap terbaik.
Topic Berkaitan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
#TMJ
#UAE
#Piala Dunia
#Piala Asia
#harimau Malaya
#pemain naturalisasi
#Matt Davies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan