Pahang dinobatkan juara Piala FA 2018 yang ketiga buat wakil Pantai Timur itu setelah menundukkan Selangor 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Di sebalik kelembaban penjualan tiket selain faktor demam Piala Dunia, kehadiran penyokong final Piala FA masih memberangsangkan.
Finalis tahun lalu itu menebus kekecewaan tumpas kepada Kedah menerusi jaringan Nor Azam Azih dan Patrick Cruz pada setiap babak manakala Issey Nakajima-Farran tidak dapat diturunkan berikutan peraturan Piala FA hanya membenarkan empat pemain import diturunkan.
Nor Azam yang menjana gerakan dari bahagian tengah merobek pintu gol lawan menerusi rembatan leret untuk menewaskan Khairul Azhan Khalid pada minit ke-23 sebelum Tok Gajah mengukuhkan kedudukan menerusi sepakan penalti oleh Cruz, minit ke 57.
Pahang di bawah kendalian Dollah Salleh bermula garang sebaik wisel ditiupkan dengan Mohamadou Sumareh lincah bergerak di sebelah sayap kanan.
Sumareh beberapa kali mencipta gerakan berbahaya di dalam kotak penalti namun tindakan susulan rakan-rakannya kurang berkesan untuk merobek gawang lawan.
Austin Amutu mencetuskan debar pada minit ke-10 namun percubaan gagal menepati sasaran meskipun tidak dikawal sesiapa sebelum gol Nor Azim menyusul.
Pahang memperolehi dua kesempatan dalam tempoh terdekat untuk menokok jaringan melalui percuma Nor Shahrul Idlan Talaha yang tepat ke dakapan penjaga gol manakala Safuwan Baharuddin melonjak tinggi namun tandukannya belum cukup untuk menggugat Khairul Azhan.
Gergasi Merah, bagaimanapun, memperkemaskan pada penghujung babak pertama yang menuntut ketangkasan Helmi Eliza Elias.
Pahang meneruskan rentak sama sebaik permainan bersambungan dan kekasaran Alfonso de La Cruz ke atas Amutu membawa padah apabila dia bukan sahaja dilayangkan kad kuning, malah menghadiahkan penalti kepada pihak lawan.
Patrick Cruz melaksanakan tanggungjawab dari jarak 12 meter itu dengan tenang, menyepak ke arah kiri dan mengenai kaki Khairul Azhan tetapi masih menuju ke dalam gol.
Kem Selangor terus merungut akibat beberapa keputusan pengadil tidak memihak kepada mereka yang menyaksikan Ilham Udin Armaiyn terjatuh di dalam penalti selepas ditolak Matthew Davies pada minit ke-75, sebaliknya Pahang diberikan sepakan percuma susulan kekasaran Razman Roslan ke atas Amutu.
Selangor terus bergelut untuk mengatur gerakan berbahaya dan percubaan terbaik mereka untuk merapatkan kedudukan hadir pada masa kecederaan dan sekali lagi, Helmi memastikan gawangnya terus kebal dengan menepiskan keluar percubaan pemain gantian, Evan Dimas Darmono.
Astro Arena
Sat Jul 07 2018
Pemain Pahang Muhd Nor Azam Abdul Azih (kanan) meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan ketika menentang pasukan Selangor pada Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - BERNAMA
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Cheng Hoe 'sakit kepala' pilih kesebelasan utama
Selain pemain sudah lama tidak mempunyai aksi kompetitif antarabangsa, faktor lain seperti tahap kecergasan dan momentum persembahan turut diberi perhatian dalam menentukan barisan terbaik.
Liga Super: Oliver Buff pacu kemenangan Selangor
Selangor membuka kempen Liga Super musim 2021 dengan langkah kanan apabila berjaya meraih kemenangan ke atas Sri Pahang 3-1.
Tok Gajah rangkul gelaran ketiga
Pahang dinobatkan juara Piala FA 2018 yang ketiga buat wakil Pantai Timur itu setelah menundukkan Selangor 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Suruh lain, buat lain - Dollah Salleh
Dollah Salleh kecewa Pahang kurang kreativiti di jentera serangan ekoran terlalu bergantung kepada Mohamadou Sumareh selain prestasi Nor Azam Azih yang gagal mengemudi bahagian tengah pasukan.