awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas

Astro Arena
Astro Arena
08/08/2021
03:43 MYT
Tokyo 2020: Ibu sakit inspirasi Hongchan lakar terjunan emas
Ketujuh-tujuh hakim memberikan 10 mata kepada Hongchan ketika terjunan kedua dan keempat dalam saingan lima terjunan di Pusat Akuatik Tokyo itu. - Foto Astro ARENA
QUAN Hongchan, penerjun remaja dari China, menjadikan ibunya sebagai inspirasi ketika bertanding dalam acara 10m platfom wanita individu Sukan Olimpik Tokyo.
Khamis lalu, Hongchan yang berusia 14 tahun, melakukan dua terjunan sempurna ketika memenangi pingat emas Sukan Olimpik.
Ketujuh-tujuh hakim memberikan 10 mata ketika terjunan kedua dan keempat dalam saingan lima terjunan di Pusat Akuatik Tokyo itu.
Bercakap selepas meraih kemenangan, Hongchan menerusi jurubahasa, mendedikasikan kemenangan untuk ibunya yang sedang sakit.
"Saya ingin menjana wang yang cukup untuk menyara ibu saya yang sedang sakit," katanya menerusi Associated Press.
"Saya mendengar setiap kata-kata jurulatih dan mengikuti arahannya dengan sangat teliti."
quan hong chan score a perfect 10 for 3 out of 5 dives!!! shes only 14 and this is her first ever international event!!! im so proud of her pic.twitter.com/fs4sn9ap9b
— (@ggomujuldarigi) August 5, 2021
Semasa pertandingan, Hongchan memenangi pingat emas dengan mengatasi rekod Olimpik sebelumnya 447.70, dengan mata keseluruhan 466.20.
Dalam pertandingan itu, Chen Yuxi dari China membawa pulang pingat perak, sementara Melissa Wu dari Australia memenangi gangsa.
Dia juga menjadi penerjun China termuda kedua yang memenangi pingat emas, menurut Persekutuan Renang Antarabangsa.
Sebelum ini, Fu Mingxia membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik Barcelona 1992 ketika dia setahun lebih muda daripada Hongchan.
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Tokyo
#Quan Hongchan
#penerjun
#remaja
#China
#inspirasi
#ibu sakit
#pingat emas
#Tokyo 2020
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#Pusat Akuatik Tokyo
#dedikasi kemenangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan