awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelombong emas didakwa rompak wanita China RM2.1 juta
Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi - Exco
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Positif guna HGH, atlet pecut Nigeria digantung

Astro Arena
Astro Arena
31/07/2021
01:35 MYT
Tokyo 2020: Positif guna HGH, atlet pecut Nigeria digantung
AIU telah menggantung 10 atlet Nigeria daripada Tokyo 2020 selepas mereka tidak diuji secukupnya menjelang temasya tersebut. - Stadium Astro
TOKYO: Pelari pecut Nigeria, Blessing Okagbare, telah digantung sementara dan terlepas baki saingan Sukan Olimpik Tokyo 2020 setelah didapati positif hormon pertumbuhan manusia (HGH).
Pemenang pingat Kejohanana Dunia dan Sukan Olimpik gagal ujian doping di luar pertandingan yang dilakukan pada 19 Julai dan sepatutnya turun beraksi dalam separuh akhir acara 100m hari ini.
Dia memenangi perlumbaan saringan yang dibarisi pelumba negara, Azreen Nabila Alias, tetapi diberitahu digantung oleh Unit Integriti Olahraga (AIU) pagi ini.
AIU telah menggantung 10 atlet Nigeria daripada Tokyo 2020 selepas mereka tidak diuji secukupnya menjelang temasya tersebut.
Selepas ia didedahkan, Okagbare membidas barisan pentadbiran sukan Nigeria, berkata, "Saya telah mengatakannya sebelumnya dan saya akan mengatakannya lagi.
"Sekiranya anda tidak tahu sukan ini, tidak meminati sukan ini, kami [atlet], maka anda tidak seharusnya bertindak sebagai pentadbir.
"Sistem sukan di Nigeria amat teruk dan kami atlet yang sentiasa menerima akibatnya."
Atlet berusia 32 tahun itu telah memenangi pingak perak dalam acara lompat jauh ketika bersaing dalam Beijing 2008.
Bagi Kejohanan Dunia 2013 di Moscow, dia memenangi pingat perak dalam lompat jauh dan pingat gangsa dalam acara 100m, sementara dia memenangi 100m/200m dalam Sukan Komanwel Glasgow 2014.
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#atlet
#positif
#hormon pertumbuhan manusia
#HGH
#Olimpik Tokyo
#Nigeria
#pelari pecut
#Blessing Okagbare
#Azreen Nabila Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan