awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 Orang Asli ditahan disyaki ceroboh tanah di Rompin
Laut Pengkalan Sungai Sekawang permata tersembunyi buat kaki pancing
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Seorang lagi atlet judo tarik diri enggan bertemu wakil Israel

Astro Arena
Astro Arena
27/07/2021
02:21 MYT
Tokyo 2020: Seorang lagi atlet judo tarik diri enggan bertemu wakil Israel
Mohamed Abdalrasool tarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 daripada bertemu Tohar Butbul (gambar). - Foto Astro ARENA
MOHAMED Abdalrasool dari Sudan, menarik diri daripada Sukan Olimpik Tokyo 2020 daripada bertemu atlet Israel, Tohar Butbul, menjadi bintang judo kedua yang meninggalkan temasya itu daripada menghadapi lawan dari Israel.
Atlet berusia 28 tahun itu, tidak muncul untuk pertarungannya melawan Tohar Butbul yang berusia 27 tahun dalam kategori 73 kilogram semalam.
Hal ini berlaku setelah pemain berusia 30 tahun Algeria, Fethi Nourine, menarik diri daripada temasya tersebut minggu lalu.
Nourine dan jurulatih, Amar Benikhlef, mengumumkan keputusan mereka untuk menarik diri daripada pertandingan Khamis lalu kerana berpotensi untuk bertemu lawan dari Israel.
Dia memberitahu TV Algeria bahawa dia tidak mahu tangannya kotor dan menarik diri adalah tindakan yang betul.
Nourine juga mengatakan "kami telah bekerja keras untuk lolos ke temasya tersebut, tetapi perjuangan Palestin lebih besar daripada semua itu.
"Kedudukan saya konsisten dalam isu Palestin, dan saya menolak normalisasi, dan jika saya tidak hadir dalam Sukan Olimpik, Tuhan tidak akan menghukum."
Sumber Facebook AstroArenaSaluran801
Topic Berkaitan
#Mohamed Abdalrasool
#Sudan
#Israel
#tarik diri
#judo
#Sukan Olimpik Tokyo
#Tohar Butbul
#pertarungan
#Palestin
#Amar Benikhlef
#Fethi Nourine
#jurulatih
#atlet
#TV Algeria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan