awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tokyo 2020: Ulangi pencapaian Bolt, status ratu pecut kekal milik Thompson-Herah

Astro Arena
Astro Arena
03/08/2021
23:53 MYT
Tokyo 2020: Ulangi pencapaian Bolt, status ratu pecut kekal milik Thompson-Herah
Thompson-Herah, mengakui kejayaan yang dilakukan menyaksikan dirinya memerlukan rehat. - Stadium Astro
TOKYO: Elaine Thompson-Herah melengkapkan dominasi dalam acara pecut Sukan Olimpik selepas meraih pingat emas kedua menerusi acara 200 meter.
Wakil Jamaica itu telah melakar rekod kebangsaan terbaru 21.53 saat di Tokyo, catatan kedua terpantas dalam sejarah acara tersebut.
Thompson-Herah, juara 100m, turut meraih dua pingat emas dalam acara pecut di Rio de Janeiro lima tahun lalu.
Usain Bolt merupakan satu-satunya atlet yang berjaya mempertahankan kemenangan dalam dua edisi temasya berprestij itu.
Christine Mbomba dari Namibia, yang dilarang daripada beraksi dalam acara 400m ekoran tahap testosteron yang tinggi, meraih pingat perak manakala bintang Amerika Syarikat, Gabrielle Thomas, mengatasi legenda Jamaica, Shelly-Ann Fraser-Pryce untuk gangsa.
Tidak menghairankan, Thompson-Herah, mengakui kejayaan yang dilakukan menyaksikan dirinya memerlukan rehat, setelah meraih pingat emas 100m dan hanya ketinggalan 0.19 saat daripada rekod dunia 1988 yang dilakar Florence Griffith-Joyner dalam acara 200m.
"Sejujurnya, saya hanya perlu rehat!" katanya kepada BBC.
"Saya tidak tidur sejak 100 meter, sejujurnya badan saya memerlukan rehat.
"Saya mengetahui tidak melakukan larian yang cukup pantas selepas dua pusingan yang perlu dilakukan sebelum final, di mana membuatkan saya agak kepenatan. Jadi berjaya melakar rekod kebangsaan terbaru dan juara Olimpik dua kali membuat saya sangat gembira."
Topic Berkaitan
#Tokyo 2020
#pecut
#Olimpik Tokyo
#olimpik 2020
#Elaine Thompson-Herah
#pingat emas
#200 meter
#Jamaica
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan