KUALA LUMPUR: Impian skuad memanah lelaki negara untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo bulan depan, musnah selepas terkandas di peringkat suku akhir acara recurve berpasukan lelaki kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Paris, pada Sabtu.
Trio negara diketuai Khairul Anuar Mohamad, Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli dan Muhammad Akmal Nor Hasrin tewas 6-2 kepada pasukan Ukraine yang dibarisi Oleksii Hunbin, Heorhiy Ivanytskyy, Ivan Kozhokar, berdasarkan keputusan di laman worldarchery.sport.
Hanya tiga slot menjadi rebutan bagi kempen kelayakan terakhir Olimpik Tokyo yang dijadual berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos.
Setakat ini, sembilan pasukan layak beraksi di temasya sukan terbesar dunia iaitu Australia, China, Taiwan, Great Britain, India, Jepun, Kazakhstan, Korea Selatan dan Belanda.
Bagaimanapun, pasukan recurve wanita negara masih memiliki peluang untuk menebus kekecewaan skuad lelaki apabila bakal beraksi pada Ahad.
Khairul Anuar terlebih dahulu mengesahkan tempat ke Sukan Olimpik selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Memanah Dunia di Hertogenbosch, Belanda pada Jun 2019.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan menjadi penampilan ketiga buat Khairul Anuar, 29, selepas edisi London 2012 dan Rio 2016, yang turut menyaksikan Muhammad Akmal membuat penampilan pertamanya pada temasya di Brazil itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 19 2021
Trio negara terkandas di peringkat suku akhir acara recurve berpasukan lelaki kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik 2020 di Paris, pada Sabtu. - Facebook/World Archery
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran
Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Heba Nusaybah srikandi cilik handal memanah berkuda
Srikandi cilik antara atlet termuda dalam komuniti sukan tersebut tidak pernah serik biarpun beberapa kali terjatuh ketika menunggang kuda.
Dorongan, doa ibu bawa Ariana ke pentas Sukan Olimpik
Mula berjinak sebagai atlet seawal usia 10 tahun, Ariana kini enggan menoleh ke belakang dan terus memburu impiannya.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.
Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah 2023 di Antalya
Pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk mencipta sensasi meraih pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara compound individu lelaki pada Piala Dunia Memanah 2023.
Sukan Perpaduan Islam: Juwaidi-Nur Aina rangkul gangsa di Konya
Mohd Juwaidi dengan Nur Aina Yasmine Halim, menang tipis 153-152 ke atas pasangan Indonesia, Hendika Pratama Putra-Ratih Zilizati Fadhly.
Sukan SEA Hanoi: Juwaidi-Fatin Nurfatehah ulangi detik emas Compound Berpasukan Campuran
Juwaidi-Fatin NurFatehah kembali bergandingan bagi mengulangi sensasi temasya Singapura 2015 dan Kuala Lumpur 2017.
Tokyo 2020: Rangkuman pencapaian kontinjen Malaysia, pingat pertama badminton lonjak semangat atlet
Kontinjen Malaysia menarik nafas lega apabila beregu badminton lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbangkan pingat pertama di Tokyo.
Olimpik Tokyo: Harapan raih pingat pertama tidak kesampaian, ini rangkuman kontinjen Malaysia hari ini
Suasana mengecewakan menyelubungi kontinjen Malaysia pada hari kelima temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas
Pemanah muda negara, Syaqiera Mashayikh, mempamerkan panahan cemerlang sebelum tewas 4-6 kepada peserta dari Jawatankuasa Olimpik Russia, Elena Osipova, dalam pusingan 32 acara recurve individu.
Aksi Pandelela-Mun Yee jadi tumpuan pada hari kelima Olimpik Tokyo
Tumpuan peminat sukan tanah air sudah pasti tertumpu kepada gandingan Pandelela Rinong-Leong Mun Yee untuk menghadiahkan pingat pertama kepada Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.