awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aqil Mirza , Whitney juara Kejohanan Skuasy Remaja Kebangsaan 2026
Pakar virologi Thailand beri amaran risiko virus Nipah daripada kelawar buah
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei padam impian Denmark, juara buat kali pertama di Jakarta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tun Jeanne dilantik Penaung Kehormat MPM

Bernama
Bernama
13/10/2025
14:30 MYT
Tun Jeanne dilantik Penaung Kehormat MPM
Tun Jeanne Abdullah dilantik sebagai Penaung Kehormat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). - Foto Facebook MPM
KUALA LUMPUR: Tun Jeanne Abdullah dilantik sebagai Penaung Kehormat Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
MPM memaklumkan pelantikan itu sebagai mengiktiraf dedikasi berterusan serta sumbangan besar beliau terhadap Gerakan Paralimpik dan komuniti atlet para di Malaysia.
Menurut MPM, Presiden Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dan Setiausaha Agung Datuk Subramaniam Raman Nair telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Jeanne pada 9 Okt lepas, bagi menyampaikan penghargaan dan menandakan tamatnya tempoh secara rasmi beliau sebagai Penaung MPM.
"Sebagai pengiktirafan atas jasa dan sumbangan beliau yang amat tidak terhingga, Tun Jeanne diberi penghormatan dengan dilantik sebagai Penanung Kehormat MPM.
"Kami berasa amat berbesar hati untuk terus mengiktiraf Tun Jeanne dalam peranan ini dan merakamkan ucapan tulus ikhlas agar beliau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kejayaan," menurut kenyataan itu.
Untuk rekod, Jeanne, 72, yang juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia kelima Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, merupakan Penaung MPM yang pertama sejak Mei 2008 hingga 31 Ogos 2025.
Sementara itu, MPM memaklumkan pengumuman penaung baharu akan dibuat pada masa yang sesuai, selaras dengan usaha badan berkenaan untuk memperkukuh kepimpinan serta meneruskan visi dan misi dalam memajukan Gerakan Paralimpik di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tun Jeanne Abdullah
#Penaung Kehormat MPM
#Majlis Paralimpik Malaysia
#Megat D Shahriman Zaharudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan