awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunggakan gaji: Pasukan terlibat akan disekat sertai MPFL - Rosmadi

Bernama
Bernama
17/05/2025
22:10 MYT
Tunggakan gaji: Pasukan terlibat akan disekat sertai MPFL - Rosmadi
Rosmadi bercakap pada sidang media Majlis Memperkenalkan Pemain dan Perasmian Jersi Kelantan Futsal Team di Kota Bharu, 17 Mei 2025. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Mana-mana pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji pemain akan disekat daripada menyertai saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji yang turut dihadapi pasukan MPFL, sama seperti Liga Malaysia (Liga-M).
"Peratusan pasukan di MPFL yang terlibat dengan isu tunggakan gaji bagaimanapun tidaklah besar dan FAM akan terus mendapatkan maklumat berkaitan masalah ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Futsal Kelantan (Kelantan FT), di sini pada Sabtu.
Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Malaysia berkata FAM akan memberi penekanan terhadap isu ini dengan difahamkan sudah terdapat pasukan yang sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pemain.
"Kelab perlu berbelanja mengikut kemampuan dan harus mengutamakan pemain yang bersesuaian dengan keupayaan kewangan masing-masing ," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#tinggakan gaji
#Liga Premier Futsal Malaysia
#futsal
#Rosmadi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami