KUALA LUMPUR: Pengerusi Yayasan Sime Darby (YSD) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yakin pemain terunggul sepanjang zaman sukan skuasy wanita dunia Datuk Nicol David mampu membentuk bintang masa sukan itu.
Tunku Imran, yang menyerahkan tajaan berjumlah RM1 juta kepada Nicol David Organisation (NDO) untuk menjalankan program Little Legends bagi tempoh tiga tahun, dengan penyertaan lebih 50 kanak-kanak setahun, akan mendapat peluang mengikuti latihan skuasy, menyediakan kelas bahasa Inggeris dan lain-lain di bawah bimbingan Nicol.
"Pada pandangan YSD, kami telah memberi anak-anak peluang yang tidak akan mereka perolehi... Dan kita tidak tahu bagaimana perjalanan kanak-kanak ini tetapi saya pasti kebanyakan mereka akan sangat berjaya, mereka bakal menjadi pemimpin masa depan.
"Nicol adalah pemain skuasy terhebat di dunia dan dia sangat mementingkan kualiti, jadi mereka boleh belajar daripada seseorang yang sangat istimewa. Satu hari, seorang daripada mereka mungkin menjadi Nicol, juara dunia atau berjaya dalam lain-lain bidang," katanya selepas pelancaran kerjasama itu pada Rabu.
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes sebagai pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif NDO, menyediakan peluang kepada murid-murid daripada keluarga berpendapatan rendah dan pertengahan (B40 dan M40) di empat buah sekolah di sekitar Bukit Jalil dan Sri Petaling belajar bahasa Inggeris dan program pembangunan skuasy disediakan Nicol.
Juara dunia lapan kali itu berkata melalui maklum balas kaji selidik terhadap ibu bapa kepada 59 peserta yang menyertai program sejak Jun lepas, menunjukkan peningkatan bukan sahaja dalam sukan skuasy tapi juga akademik, disiplin dan keyakinan.
Beliau berkata 65 murid lagi bakal menyertai program itu bulan depan.
"Saya masih ingat, ketika berusia lima tahun, apabila Tunku Imran membuka gelanggang skuasy pertama di Pulau Pinang, saya dapat bermain skuasy untuk kali pertama. Saya yakin gabungan skuasy dan bahasa Inggeris dapat melahirkan lebih ramai atlet holistik dengan keyakinan untuk membantu meningkatkan daya tahan dan motivasi mereka untuk jangka masa panjang.
"Jika kita teruskan melakukannya, siapa tahu, mereka bakal menjadi juara dalam kehidupan mereka, sama ada dalam skuasy, pendidikan atau artis, ahli muzik atau apa jua yang mereka pilih. Saya percaya kita mampu memberikan mereka nilai untuk menjadi insan hebat," katanya.
Nicol yang memegang rekod nombor satu dunia untuk tempoh 108 bulan berturut-turut itu turut berharap mendapat lebih banyak sokongan kerana mereka berhasrat untuk memperluaskan program berkenaan ke beberapa negeri.
Sementara itu, R. Manikandan, 9, sangat teruja dan berbangga kerana dapat berlatih di bawah bimbingan pemain legenda itu tanpa pendedakan bermain skuasy sebelum menyertai program berkenaan tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 23 2023
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes. - Foto fail/BERNAMA
Kerajaan Jawa Timur bincang kerjasama dengan Universiti Al-Azhar
Sejak 2019, setiap tahun Kerajaan Wilayah Jawa Timur hantar 30 pelajar melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar.
Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.
NAFAS perkenal Kit Pertanian Bandar, galak lebih ramai tanam sayur di rumah
NAFAS harap Kit Pertanian Bandar akan dapat memudahkan lebih banyak keluarga di kawasan bandar untuk mula menanam sayur di rumah masing-masing.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Sambutan Hari Malaysia di Bagas Zakariah imbau nostalgia zaman dahulu
Pengunjung yang hadir berbusana tahun 50-an dan 60-an disajikan dengan pertunjukan wayang pacak dan diberi peluang menyertai joget lambak.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
PDRM, agensi penguat kuasa perlu tegas kenal pasti kegiatan penunggang agama
Ketegasan penting bagi memastikan gerakan subversif yang boleh memberikan ancaman terhadap akidah umat Islam di negara ini tidak berkembang.
Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.
Umat Islam diseru perkukuh ukhwah, elak perselisihan
Ahmad Zahid berkata, ini kerana Malaysia sering dilihat sebagai contoh oleh dunia terutama dalam membawa suara Palestin.
Tunku Imran yakin Little Legends mampu lahirkan bintang skuasy masa depan
Program Little Legends diketuai Nicol selaku ketua jurulatih dan bekas pemain bertaraf dunia Mariana de Reyes.
Aaliyah terima biasiswa Yayasan Sime Darby bernilai RM1.1 juta
Aaliyah menerima biasiswa bernilai RM1.1 juta daripada Yayasan Sime Darby untuk melanjutkan pelajaran ke Florida, mulai Januari tahun depan.
Yayasan Sime Darby ikrar RM1.2 juta untuk penghidap HIV
Yayasan Sime Darby (YSD) meneruskan selama tiga tahun lagi bantuan dan komitmen RM1.2 juta kepada Skim Kehidupan Positif Berani (PAL) Yayasan AIDS Malaysia (MAF) sehingga 2020.
Pesakit jantung dijangka meningkat dalam tempoh lima tahun - PPUM
Jumlah pesakit jantung di negara ini dijangka meningkat sebanyak tiga peratus kepada 28 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang berbanding 25 peratus ketika ini.
YSD Arts Festival rai hasil karya seni tempatan
Yayasan Sime Darby (YSD) Arts Festival yang berlangsung mulai hari ini menampilkan karya seni tempatan bertemakan Projek Komuniti Orang Malaysia.
YSD dan YCK tubuh bilik kaunseling di Pusat KL Krash Pad di Chow Kit
KL Krash Pad merupakan sebuah pusat remaja dan belia di Chow Kit bagi memenuhi keperluan dan menjaga hak golongan muda.
Yayasan Sime Darby sumbang RM3 juta kepada KLPac
Yayasan Sime Darby meneruskan hasrat murni dalam membantu membangunkan sektor seni dan budaya tempatan.
Azizulhasni: Tajaan Sime Darby pembakar semangat
Azizulhasni Awang menyifatkan kepercayaan berterusan daripada Yayasan Sime Darby (YSD) sebagai pembakar semangat kepadanya untuk membutirkan pingat di Olimpik Rio 2016.
Yayasan Sime Darby taja Azizul dan Fatehah
Yayasan Sime Darby (YSD) telah meneruskan kesinambungan sebagai penaja sukan berbasikal.