awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tunku Ismail pernah salur bantuan kewangan kepada Selangor - Subahan

Bernama
Bernama
22/03/2022
08:15 MYT
Tunku Ismail pernah salur bantuan kewangan kepada Selangor - Subahan
Subahan yang kini Presiden Petaling Jaya City FC berkata Tunku Ismail mempunyai semangat tinggi terhadap bola sepak Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal mengesahkan pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah menghulurkan bantuan kewangan kepada bekas pasukannya itu.
Subahan berkata sumbangan diberikan Tunku Ismail itu disalurkan kepada pasukan Selangor semasa beliau menjadi Presiden FAS dari tempoh 2017-2018.
"Semua pemain Selangor ketika itu amat menghargai keprihatinan baginda yang sentiasa mengambil berat mengenai hal ehwal kebajikan pemain dan pasukan bola sepak tempatan.
"Sekali lagi, di atas budi baginda kepada FAS, saya secara peribadi mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau memberi maklum balas berhubung ciapan Twitter Tunku Ismail semalam (21 Mac) mengenai bantuan kewangan kepada lima pasukan Liga Malaysia (Liga-M) termasuk Selangor.
Subahan yang kini Presiden Petaling Jaya City FC berkata Tunku Ismail mempunyai semangat tinggi terhadap bola sepak Malaysia dan sentiasa menunjukkan daya kepimpinan tinggi, proaktif serta sentiasa mahu melihat kemajuan pasukan-pasukan bola sepak di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Subahan Kamal
#TMJ
#Tunku Ismail
#pasukan selangor
#bantuan kewangan
#FAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan