awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkish Airlines pacu semangat sukan padel di Asia Pasifik

Khalis Khadir
Khalis Khadir
29/08/2025
11:50 MYT
Turkish Airlines pacu semangat sukan padel di Asia Pasifik
APPC 2025 menghimpunkan pasukan dari Malaysia, Hong Kong, Filipina, India, Korea Selatan, Pakistan, Thailand dan Singapura. - Foto APPC
KUALA LUMPUR: Malaysia buat julung-julung kalinya menjadi tuan rumah kejohanan Turkish Airlines Asia Pacific Padel Cup (APPC) 2025.
Bertempat di Joy Division Padel 2, Petaling Jaya, lapan negara akan berentap sekali gus menandakan lonjakan besar buat perkembangan sukan padel di rantau ini.
APPC 2025 menghimpunkan pasukan dari Malaysia, Hong Kong, Filipina, India, Korea Selatan, Pakistan, Thailand dan Singapura.
Setiap pasukan menampilkan pemain kebangsaan dan atlet kelab terbaik, bersaing dengan semangat kesukanan, perpaduan dan persahabatan.
Sebagai penaja utama, Turkish Airlines bukan sekadar membawa jenama antarabangsa, malah menyokong perkembangan padel di Asia Pasifik.
Mustafa Kemal Kizilay
Mustafa Kemal Kizilay
Pengurus Besar Turkish Airlines Kuala Lumpur, Mustafa Kemal Kizilay berkata, syarikat penerbangan itu mahu menjadikan padel sebagai jambatan budaya baharu, selari dengan reputasinya sebagai penghubung global.
“Sebagai syarikat penerbangan yang terbang ke lebih banyak negara berbanding mana-mana syarikat lain, kami berbesar hati menyokong acara yang menyatukan negara melalui semangat sukan, perpaduan dan persaingan sihat.
“Sukan padel adalah antara yang paling pesat berkembang di dunia dan kejohanan ini bukan sahaja mengetengahkan bakat luar biasa dari seluruh Asia Pasifik, tetapi juga mengukuhkan hubungan budaya dan sosial, nilai yang sangat dekat dengan Turkish Airlines,” katanya kepada Astro AWANI selepas pelancaran kejohanan ini, di sini, pada Khamis.
Carlos Carrillo
Carlos Carrillo
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific Padel Tour, Carlos Carrillo berkata, kerjasama dengan Turkish Airlines amat penting dalam menarik perhatian masyarakat kerana sukan ini masih dianggap kurang dikenali umum.
“Sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk memperkenalkan sukan ini. Bagaimana kita boleh capai lebih ramai orang supaya semua tahu padel ini wujud, ia menyeronokkan, baik untuk kesihatan, boleh bersaing dan pada masa sama dinikmati semua peringkat umur.
“Jadi mempunyai jenama besar seperti Turkish Airlines yang melakukan perkara sama seperti kami iaitu menyatukan pelbagai negara dan pemain dari latar belakang berbeza adalah sesuatu yang saya kami sanjung, ia usaha yang hebat,” ujarnya.
Juara APPC 2025 bukan sekadar membawa pulang trofi, malah akan menyumbang kepada pembangunan padel di negara masing-masing menerusi program latihan, pertukaran jurulatih dan pembangunan fasiliti baharu.
Topic Berkaitan
#APPC 2025
#Turkish Airlines
#padel
#perkembangan sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan