awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Liang ada peluang tipis ke Paris 2024 - Bryan

Bernama
Bernama
04/07/2024
14:46 MYT
Tze Liang ada peluang tipis ke Paris 2024 - Bryan
Hamidin (enam, kiri) dan Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib (tujuh, kiri) bergambar ketika Pengumuman Penajaan Skechers untuk Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 di Wisma OCM hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Atlet terjun negara Ooi Tze Liang mempunyai peluang tipis untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas berkata atlet berusia 30 tahun itu mempunyai peluang dalam acara 3m papan anjal lelaki sekiranya terdapat wakil yang telah layak menarik diri.
"Jika mana-mana negara yang dah layak tolak, Tze Liang ada peluang. Apapun, kita perlu tunggu hingga 8 Julai untuk mendapat pengesahan daripada Akuatik Dunia.
"Slot tambahan ini bergantung kepada perkiraan Akuatik Dunia kerana kuota untuk sukan terjun di Olimpik adalah 136 atlet," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis memperkenalkan jenama Skechers selaku kasut rasmi kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris 2024 di Wisma OCM di sini hari ini.
Tze Liang, juara Sukan Komanwel Glasgow 2014 pernah beraksi di Olimpik Rio 2016 untuk menamatkan saingan di kedudukan ke-22 bagi acara 10m platform.
Minggu lepas, Nur Dhabitah Sabri menerima slot tambahan bagi acara 3m papan anjal wanita untuk menemani penerjun muda Bertrand Rhodict Lises yang layak secara merit bagi 10m platform lelaki ke Olimpik Paris.
Setakat ini, 26 atlet telah mendapat lampu hijau untuk mewakili Malaysia di Olimpik Paris bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#lampu hijau
#slot tambahan
#kasut rasmi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan