KUALA LUMPUR: Penerjun lelaki negara, Ooi Tze Liang melakar satu lagi kejayaan apabila merangkul pingat emas kedua, kali ini bersama gandingannya Chew Yi Wei dalam acara 3 meter (m) papan anjal seirama lelaki di Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Bukit Jalil hari ini.
Pasangan itu berada di kedudukan teratas selepas mengumpul 382.11 mata pada peringkat akhir di Pusat Akuatik Nasional, di sini.
Vladimir Rudenko dan Lachlan Cronin dari Australia meraih pingat perak dengan 360.12 mata manakala pasangan Mesir Mohamed Farouk dan Mohamed Noaman mendapat gangsa selepas memperoleh 327.63 mata.
"Prestasi terjunan hari ini adalah baik untuk kami hari ini walaupun ada beberapa terjunan yang tidak cukup baik daripada kami. Bagaimanapun kami berjaya meraih emas untuk Malaysia," kata Tze Liang kepada Bernama ketika ditemui selepas final itu.
Semalam, penerjun berusia 29 tahun itu muncul juara dalam acara terjun 3m papan anjal yang melakukan catatan peribadi terbaiknya musim ini dengan 441.35 mata manakala Yi Wei, 27, mengumpulkan 406.90 mata. Cronin membawa pulang gangsa dengan 402.20 mata.
Dalam pada itu Yi Wei, turut berpuas hati dengan aksinya hari ini selepas merangkul pingat perak dalam acara 3m papan anjal lelaki akhir.
Sementara itu, Jellson Jabilin-Enrique Harold, satu lagi pasangan dari Malaysian, cemerlang dalam acara 10m platform seirama lelaki apabila meraih pingat emas dengan menewaskan penerjun Indonesia Adityo Restu Putra dan Andriyan Andriyan dengan catatan 356.28 mata.
Dalam pada itu, Ong Ker Ying terpaksa berpuas hati meraih perak dalam acara 3m papan anjal wanita dengan 281.75 mata di belakang Alysha Koloi, penerjun dari Australia yang merangkul emas selepas mengumpul 297.60 mata.
Gladies Lariesa Garina dari Indonesia memperoleh gangsa dengan 271.80 mata.
Dalam acara 10m platform campuran seirama, menyaksikan pasangan negara Hanis Nazirul-Elisha Rania menduduki tempat kedua dengan 260.04 mata di belakang penerjun Korea Minhyuk Kang-Nahyun Kim yang memperoleh 267.54 mata untuk meraih pingat emas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2022

Ooi Tze Liang menunjukkan pingat yang dimenangi selepas beraksi dalam acara akhir tiga meter papan anjal lelaki pada FINA Diving Grand Prix Kuala Lumpur 2022 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil hari ini. - Bernama

Bekas Presiden Pakistan Pervez Musharraf meninggal dunia
Bekas pemimpin tentera itu menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Dubai setelah lama menerima rawatan.

AS-China | Belon pengintip ditembak jatuh, lapangan terbang ditutup
Tiga lapangan terbang di utara dan Selatan Carolina, Amerika Syarikat ditutup kira-kira dua jam pada Sabtu. Langkah itu diambil bagi memberi laluan kepada tentera Amerika Syarikat menembak jatuh belon milik China, disyaki digunakan untuk tujuan pengintipan.

Suara Rakyat | Struktur retak, pasar Karamunting perlu segera dipindah
Keretakan pasar Karamunting, tanah merah semakin hari semakin teruk. Jika dibiarkan, bimbang ada nyawa yang akan jadi korban. Sebelum nasi menjadi bubur suara rakyat menggesa agar lokasi pasar usang ini dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

Baling botol kaca: Tujuh individu termasuk tiga wanita ditahan
Kesemua mereka yang berusia 21 hingga 31 tahun itu, ditahan semalam dan hari ini di sekitar Dang Wangi.

Had waktu main bunga api, hanya pada musim perayaan - Lee Lam Thye
Garis panduan yang dilaksanakan juga perlu seiring dengan pemerkasaan penguatkuasaan.

Online Scam | DPDM sambut baik kerjasama Malaysia Singapura tangani isu
Hala tuju kerjasama Malaysia Singapura dalam menangani isu penipuan dalam talian bakal menjadi pemangkin merancakkan lagi sektor perniagaan digital di negara ini. Presiden Dewan Perniagaan Digital Malaysia, Chris Daniel Wong berkata pihaknya menyambut baik kerjasama perkongsian maklumat dan kepakaran dalam menangani isu ini.

Thaipusam | Batu Caves terus jadi tumpuan
Kehangatan sambutan Thaipusam sehingga petang ini masih lagi meriah dengan pengunjung tidak putus masuk dan keluar di Batu Caves. Untuk perkembangan lanjut kita terus bersama Raja Hisyam Raja Zaid yang berada di sana sejak pagi tadi.

Dilantik Penasihat Kanan: 'Beri peluang kepada Nurul Izzah', sindir Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, jika seorang ayah melantik anaknya sendiri, sudah tentu Nurul Izzah mempunyai kebolehan yang 'sangat hebat'.

Keselamatan | Keupayaan teknologi ketenteraan dan ancaman global
Pakar Keselamatan UPNM, Prof Dr Mizan Asla berkata, situasi itu telah menjadi isu besar dan boleh menjadi ketegangan malah lebih buruk lagi ke arah peperangan.

Pantau Kerajaan Baharu : Kewajaran penjualan mercun dan bunga api | 5 Feb 2023
Bersama Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, aktiviti bermain dengan mercun seperti tradisi bagi masyarakat Tianghoa di negara ini. Katanya, aktiviti tersebut boleh membangkitkan sambutan perayaan lebih meriah namun harus dipastikan pengeluaran dan pembeliannya tidak melalui kaedah penyeludupan.

Tze Liang rangkul pingat emas kedua
Ooi Tze Liang merangkul pingat emas kedua, kali ini bersama gandingannya Chew Yi Wei di Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Bukit Jalil hari ini.

Piala Dunia Terjun FINA: Persiapan singkat punca penerjun negara gagal menyerlah
Malaysia menghantar tiga wakil dalam kejohanan itu tetapi terpaksa akur pulang dengan tangan kosong.

Elak tekanan, Dhabitah tidak mahu fikir sangat soal podium di Birmingham
Nur Dhabitah Sabri enggan memikirkan soal memenangi pingat kerana itu hanya akan membuatkannya tertekan.

Sukan Komanwel Birmingham: Nur Dhabitah impi akhiri musim dengan nota gemilang
Fokusnya Nur Dhabitah kini terarah kepada pemantapan teknik terjunan serta keserasian menjelang Sukan Komanwel Birmingham.

Tuhan susun perjalanan dengan cantik - Nur Dhabitah
Nur Dhabitah Sabri lengkapkan kejayaan Malaysia menyapu bersih kesemua lapan emas yang dipertandingkan.

Masih ada tugas belum selesai buat Mun Yee bersama MS
Mun Yee akan bersama MS bagi membantu penerjun muda di Bukit Jalil bermula minggu hadapan.

Mampukah Nur Dhabitah tersenyum semula?
Menganggap jurulatih dari Australia itu seperti 'ayahnya' dalam sukan terjun, Nur Dhabitah berkata, pemergian Brooker satu kehilangan besar.

Tidak mustahil Dhabitah bersaing acara 10m platform di Paris 2024 - Bryan
Nur Dhabitah Sabri merupakan antara calon yang boleh dipertimbangkan bagi mengisi kelompongan ditinggalkan Leong Mun Yee.

Tokyo 2020: Terkena platform kesilapan paling ditakuti penerjun - Bryan Lomas
Juri hanya memberikan Pandelela 18 mata dalam terjunan pertama berikutan kesilapan sebaik lompatan, untuk mengumpul 245.85 mata keseluruhan.

Tokyo 2020: Teruskan berdoa bagi kejayaan Pandelela - Reezal Merican
Pandelela Rinong berdepan detik cemas, apabila menjadi penerjun terakhir layak ke separuh akhir.