awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tze Yong akan jalani pembedahan akibat kecederaan ACL

Sinar Harian
Sinar Harian
06/06/2025
04:30 MYT
Tze Yong akan jalani pembedahan akibat kecederaan ACL
Tze Yong mengalami kecederaan semasa aksi pusingan pertama Malaysia Masters baru-baru ini.
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong akan menjalani pembedahan lutut selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) semasa perlawanan pusingan pertama di Malaysia Masters 2025 baru-baru ini.
Perkara itu disahakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas pemeriksaan perubatan menyeluruh serta imbasan MRI dilakukan terhadap pemain berusia 25 tahun itu mengesahkan kecederaan ACL yang memerlukan pembedahan.
Menurut badan induk tersebut, Tze Yong sedang menjalani proses pra pemulihan untuk menguatkan lutut dan otot sekeliling sebelum pembedahan yang dijadualkan.
Pengarah Kejurulatihan Perseorangan negara, Kenneth Jonassen mengakui ia detik sukar namun percaya Tze Yong mempunyai kekuatan dan mampu fokus terhadap proses pemulihan.
"Pasukan perubatan dan kejurulatihan kami bekerjasama rapat dengannya untuk memastikan dia mendapat penjagaan terbaik. Kami akan terus memberi sokongan penuh kepadanya, di dalam dan di luar gelanggang,” katanya.
Dalam pada itu, Tze Yong kekal positif dan komited dalam proses pemulihannya.
“Memang sukar untuk menerima keadaan ini, terutamanya selepas segala usaha keras yang telah saya lakukan sebelum ini, namun saya tahu ini hanyalah satu lagi cabaran yang perlu saya atasi.
"Saya akan terus berfikiran positif, mengikuti pelan prehab dengan tekun, dan fokus sepenuhnya untuk kembali lebih kuat.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada BAM, Institut Sukan Negara (ISN) dan semua yang terlibat dalam pasukan perubatan dan kejurulatihan atas sokongan serta penjagaan mereka. Terima kasih juga kepada semua peminat atas mesej-mesej sokongan anda ia amat bermakna bagi saya,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#tze yong
#kecederaan
#ACL
#badminton Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan