awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Barcelona rendah diri - Lewandowski

Astro Arena
Astro Arena
10/04/2025
00:00 MYT
UCL: Barcelona rendah diri - Lewandowski
Aksi Lewandowski selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan suku akhir pertama UCL antara Barcelona dan Borussia Dortmund, di Stadium Lluis Companys Olympic, Barcelona, Sepanyol, 9 Apr 2025. (Foto AP)
BEKAS pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski, menegaskan Barcelona "belum memikirkan tentang separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) lagi", walaupun kemenangan dominan mereka ke atas Borussia Dortmund, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Hansi Flick mendahului 4-0 pada perlawanan pertama suku akhir di Estadi Olimpic Lluis Companys, sekali gus meletakkan mereka sebelah kaki separuh akhir kejohanan paling berprestij itu.
Lewandowski menjaringkan dua gol – menjadikan jumlah golnya untuk kelab itu kepada 99 – selepas Raphinha membuka jaringan, manakala Lamine Yamal turut menjaringkan gol terakhir.
Dan penyerang kebangsaan Poland itu menegaskan Barca belum boleh berpuas hati dengan keputusan positif itu menjelang aksi timbal balik kedua minggu depan.
“Kami bermain dengan sangat baik. Kami belum memikirkan tentang separuh akhir lagi.
FULL TIME!!!! #BarçaBVB @ChampionsLeague pic.twitter.com/CmtIQpXUm9
— FC Barcelona (@FCBarcelona) April 9, 2025
"Kami sentiasa mahu bermain bola sepak dengan cara tersendiri. Kami akan menang di Dortmund. Kami bermain separuh masa kedua yang sangat baik.
"Kami perlu terus bermain seperti ini. Ini adalah UCL. Kami bermain sebagai satu pasukan; itu perkara paling penting.
"Tidak kira sama ada siapa yang menjaringkan gol. Ia adalah satu langkah ke hadapan, tetapi kami masih mempunyai lebih kerja yang perlu dilakukan," katanya.
Dengan 29 gol dalam 28 penampilan menentang bekas kelabnya, Lewandowski kini lebih kerap menjaringkan gol menentang Dortmund berbanding mana-mana kelab lain dalam kariernya.
Bagaimanapun, pengendali kelahiran Jerman itu bersetuju dengan Lewandowski bahawa, walaupun pasukannya berada dalam kedudukan yang kukuh, perlawanan masih belum berakhir.
“Keputusan itu penting dan juga cara kami bermain,” jelasnya.
Topic Berkaitan #bola sepak #Barcelona #Borussia Dortmund #Robert Lewandowski #Liga Juara-Juara Eropah #UCL
Topic Berkaitan
#barcelona
#UCL
#Liga Juara-Juara Eropah
#Borussia Dortmund
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan