Naib juara Bundesliga musim lalu, Stuttgart, ternyata menghadirkan tentangan buat Real yang beraksi di laman sendiri, memberikan ancaman untuk mengejutkan juara Eropah 15 kali itu.
Penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois, melakukan deretan aksi cemerlang untuk memastikan Madrid kekal tidak dibolosi, menafikan peluang Jamie Leweling dan Angelo Stiller sebelum separuh masa.
Kylian Mbappe membuka jaringan buat tuan rumah selepas perlawanan bersambung, menyempurnakan hantaran Rodrygo menerusi gerakan serangan balas yang pantas.
Stuttgart enggan mengalah apabila mereka menyamakan kedudukan menerusi Denis Undav pada minit ke-68.
Bagaimanapun, tiga mata menjadi milik Madrid apabila Antonio Rudiger menanduk masuk sepakan sudut Luka Modric pada minit ke-83 sebelum Endrick Felipe menjaringkan gol pertama di pentas UCL dalam masa kecederaan.
Untuk rekod, penyerang Real Madrid tersebut, yang berusia 18 tahun, mengumumkan perkahwinannya dengan model Gabriely Miranda, 23 tahun, pada Isnin (16 Sept).