awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UCL: Manchester United kalah lagi di Old Trafford

Astro Arena
Astro Arena
04/10/2023
00:45 MYT
UCL: Manchester United kalah lagi di Old Trafford
Manchester United sekali lagi tumbang di tempat sendiri susulan tewas 3-2 di tangan Galatasaray ketika skuad kendalian Erik ten Hag menyaksikan permulaan musim mereka menjadi lebih mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara.
MANCHESTER United sekali lagi tumbang di tempat sendiri susulan tewas 3-2 di tangan Galatasaray ketika skuad kendalian Erik ten Hag menyaksikan permulaan musim mereka menjadi lebih mengecewakan dalam saingan Liga Juara-Juara.
Selepas tewas dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Bayern Munich dan tewas keempat dalam tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu, Red Devils jatuh di lembah yang lebih dalam awal pagi tadi di Old Trafford.
Rasmus Hojlund membuka jaringan dengan gol yang yang luar biasa sebelum ia dibatalkan oleh bekas penyerang United, Wilfried Zaha.
Hojlund menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua sebelum Kerem Akturkoglu menyamakan kedudukan sebelum kesilapan hantaran Andre Onana bijak dihidu Dries Mertens yang memaksa Casemiro dilayangkan kad merah atas terjahan ke atas pemain kelahiran Belgium itu.
Onana - yang menjadi faktor kekalahan di Munich - lega seketika apabila sepakan penalti Mauro Icardi tersasar, tetapi penyerang itu dengan pantas menebus kesalahan tersebut sekaligus memberikan United kekalahan ketiga di Old Trafford bagi musim ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#UCL
#Manchester United
#Galatasaray
#Erik ten Hag
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan