DAVID Moyes mengakui ia adalah 'seperti mimpi' beraksi di Eden Arena, Prague untuk perlawanan final Eropah pertamanya, 'saat terbesar' dalam kariernya.

West Ham bimbingan Moyes akan menentang kelab Itali, Fiorentina dalam perlawanan akhir Liga Conference Europa di ibu negara Czech awal pagi esok.

Pengendali berusia 60 tahun itu, yang memulakan karier pengurusannya dengan Preston pada 1998, masih belum menjulang piala utama, Perisai Komuniti bersama Manchester United pada 2013.

Moyes sedang berusaha untuk menjadi pengurus Great Britain pertama sejak Sir Alex Ferguson untuk merangkul gelaran di pentas Eropah.

Moyes, yang telah menghadiri banyak perlawanan akhir Eropah dalam peranannya dalam jawatankuasa teknikal UEFA, dan barisan pemainnya mendapat pandangan pertama di venue akhir semalam.

"Ia seperti mimpi," katanya. “Hari ini, untuk hadir dan mempunyai bilik persalinan sendiri adalah satu keseronokan yang besar bagi saya. Saya sangat berharap saya boleh membawa pasukan ke peringkat seterusnya dan memenangi perlawanan ini.

“Saya mempunyai kerjaya yang sangat baik sejak saya mula membimbing pada usia 35 tahun. Lebih seribu perlawanan, beraksi di beberapa perlawanan akhir.

"Tetapi ini adalah detik terbesar dalam karier saya. Untuk menjadi jurulatih selama ini, final ini menandakan anda melakukan sesuatu yang betul."